Saturday, December 4, 2021

Walaupun Lokasi Didakwa Berhantu, Walt Disney World Resort Tetap Akan Dibuka

Walt Disney World Resort, Florida dilaporkan akan dibuka semula pada tahun 2022 walaupun lokasinya didakwa berhantu.

Walt Disney World Resort ini merupakan tempat yang sama bekas taman tema air popular Disney yang telah ditutup selamanya iaitu Disney’s River Country.

Pada tahun 1976, The Walt Disney Company telah membuka sebuah Taman Tema Air Pertama iaitu Disney’s River Country dengan tema ‘Old-Fashioned Swimming Hole‘.

Walaubagaimanapun ia ditutup pada tahun 2001 kerana tragedi kematian 3 orang kanak-kanak di taman tema air tersebut. Ia telah ditinggalkan selama 17 tahun dan permainan-permainan di sana penuh dengan rumput-rumput yang menjalar.

Tragedi kematian 3 kanak-kanak di taman tema air tersebut menyebabkan orang ramai tidak pergi ke sana kerana takut terulang tragedi yang sama.

Salah seorang kanak-kanak tersebut dikatakan mati kerana Amoebic Meningoencephalitis daripada air di taman tema tersebut manakala dua lagi kanak-kanak dikatakan lemas di taman tema air tersebut.

Amoebic Meningoencephalitis akan menjangkiti manusia apabila air yang tercemar memasuki badan melalui hidung. Apabila ameba memasuki hidung, ia akan masuk ke otak dan boleh menyebabkan kamatian.

Jangkitan biasanya berlaku apabila orang pergi berenang atau menyelam di tempat air tawar seperti tasik dan sungai.

Selepas kejadian tersebut, orang ramai mula takut untuk ke sana sehingga memaksa pihak Walt Disney menutup Taman Tema Air Disney’s River Country tersebut selamanya pada 2005.

Apabila ia sudah lama ditinggalkan, banyak spekulasi daripada orang ramai tular di seluruh dunia. Ramai yang mengatakan tempat tersebut seperti tempat berhantu.

Jadi, ramai lah takut nak menghampiri tempat tersebut. Namun begitu, ramai juga aktivis paranormal yang sering ke sana untuk merekod video dan sebagainya.

Walt Disney World Resort pula merupakan sebuah hotel mewah yang diinspirasikan oleh alam semula jadi. Ia mempunyai lebih 900 katil yang akan diletakkan pada bilik berlokasi di bekas taman tema air Disney’s River Country.

Ia menggunakan konsep filem animasi Walt Disney Bambi, The Fox and the Hound, Brother Bear, Pocahontas, dan The Princess and the Frog.

Animasi Bambi dari Walt Disney.

Walt Disney masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan terkini mengenai pembukaan Walt Disney World Resort tersebut. Tetapi ia akan dibuka pada tahun 2022 mengikut keadaan semasa COVID-19 di negara tersebut.

Walt Disney juga kini dalam perancangan menubuhkan sebuah lagi hotel terbaru yang bertemakan ‘Star Wars‘ pula yang bakal mengujakan pengunjung mereka.

Baca Seterusnya : Marvel ‘Hawkeye’ Bakal Menemui Anda Bermula 24 November Ini Di Disney+

Sumber 1, Sumber 2, Sumber 3

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru