Saturday, December 4, 2021

Tom Felton Ingin Mengadakan Perjumpaan Semula Barisan Pelakon ‘Harry Potter’

Berita gembira buat ‘Potterheads’! Bintang dari filem Harry Potter, Tom Felton berhajat untuk mengumpulkan barisan pelakon filem tersebut kembali untuk sebuah perjumpaan semula secara eksklusif.

Dalam wawancara baru-baru ini dengan Entertainment Tonight, pelakon Draco Malfoy itu mendedahkan bahawa dia masih berhubung dengan banyak bekas bintangnya dan sedang berusaha untuk mengadakan sambutan secara digital sempena ulang tahun ke-19 tahun sejak filem pertama dilancarkan.

Tom Felton juga ada mengatakan dia ada berjumpa dengan kembar Weasley untuk bermain golf serta masih lagi berhubung dengan pelakon-pelakon yang lain di samping memastikan mereka semua baik-baik sahaja.

“It’s been nice because it’s the 19-year anniversary on November 14, so I’m planning some sort of digital celebration… I’m trying to wrangle all the oldies back together again to celebrate the achievement really.”

Dalam temu bual itu juga, Tom Felton berbicara tentang penghargaannya terhadap Malfoy dan bagaimana karakter yang berambut perang itu sebenarnya hanya disalahfahami.

Menurutnya, “He’s great. He has so many layers, he’s misunderstood, he’s also a bit of a git. He needs a hug really. I think maybe people feel sorry for him, he needs a bit of affection.”

Mari sama-sama kita nantikan ‘reunion’ bintang-bintang Harry Potter!

Sumber 1 & Sumber 2

ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru