Saturday, December 4, 2021

Tidak Seperti Manusia, Memori Sotong Katak Semakin Tua, Semakin Kuat

University of Cambridge dan University of Caen telah menjalankan satu kajian ke atas sotong katak dan mendapati bahawa apabila haiwan itu semakin tua, sotong katak akan mempunyai ingatan yang lebih kuat berbanding manusia.

Menurut Dr Schnell, sotong katak tua tidak mempunyai perbezaan dengan sotong katak muda.

Selain itu, sotong katak juga tidak akan menunjukkan tanda-tanda penuaan seperti manusia selain kehilangan fungsi otot dan kekurangan selera makan.

Penyelidik percaya, Hippocampus iaitu satu daripada bahagian utama yang ada di dalam otak manusia tetapi tiada dalam otak sotong katak sebagai penyebab mengapa haiwan itu mempunyai ingatan yang lebih baik daripada manusia.

Berbeza dengan otak manusia, otak Sotong Katak tiada Hippocampus. Antara fungsi utama Hippocampus di dalam otak manusia adalah seperti mengawal tindak balas, membantu proses pembelajaran dan ingatan.

Penyelidik juga menambah bahawa mereka percaya akan kemungkinan ingatan sotong katak yang kuat itu telah membantu haiwan tersebut untuk mengingati pasangan mereka ketika mengawan.

Jadi, selepas itu haiwan tersebut tidak akan kembali kepada pasangan yang sama.

Kajian ini melibatkan 24 ekor sotong katak yang terdiri daripada 12 ekor sotong katak yang berumur  antara 10 hingga 12 bulan dan selebihnya berumur di antara 22 dan 24 bulan di mana tempoh umur sotong katak tersebut adalah bersamaan dengan manusia yang berumur 90-an.

Penyelidikan tersebut menggunakan pelbagai kaedah bagi mendapatkan hasil dapatan kajian seperti msotong diajar untuk mengenali dua makanan biasa yang diberikan pada tempat yang ditanda.

Dapatan disahkan apabila sotong mengingati peristiwa dengan baik apabila haiwan tersebut menunggu makanan di tempat bertanda yang sama ketika berasa lapar.

Sotong katak merupakan antara sotong yang mempunyai otak yang lebih besar berbanding saiz badannya. Haiwan ini juga boleh memanjang sehingga 50 cm dengan mencapai berat lebih daripada 10.5 kg.

Baca Seterusnya : Saintis Temui Spesis Ikan ‘Rare’ Terperangkap Di Jaring Nelayan

Sumber : Sky News

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru