Saturday, December 4, 2021

Tidak Hanya Bergelar Penyanyi Dan Pelakon, Harry Styles Juga Kini Usahawan Produk Kecantikan

Pada 17 November 2021, Harry Styles telah melancarkan produk kecantikan bernama ‘Pleasing‘ melalui hantaran gambar di Instagram miliknya.

Walaupun sibuk dengan konsert dan filem tetapi Harry Styles masih mampu mengeluarkan produk kecantikan dengan beliau sendiri sebagai model.

Produk kecantikan ‘Pleasing‘ terdiri daripada enam produk iaitu serum muka, serum bibir, serum mata dan empat pengilat kuku.

Produk kegemaran Harry Styles iaitu pengilat kuku terdiri daripada empat warna berbeza dengan nama yang diinspirasikan oleh mutiara. Antara empat warna berbeza tersebut ialah Perfect Pearl, Granny’s Pearls, Inky Pearl dan Pearly Tops.

Pengilat kuku ‘Pleasing’

Serum mata dan bibir yang digelar The Pleasing Pen ini dihasilkan menggunakan bahan-bahan seperti lingonberry dan okra. Perawatan bibir daripada serum ini membuat anda rasa seperti makan marshmellow.

The Pleasing Pen ‘Pleasing’

Pearlescent Illuminating Serum ini digunakan untuk melembabkan dengan inspirasi daripada penyelam mutiara di Jepun.

Hal ini dikatakan demikian kerana, produk diletakkan dalam botol panjang yang mempunyai mutiara putih disekelilingnya.

The Pearlescent Illuminating Serum ‘Pleasing’

Menurut Harry Styles, beliau ingin pembeli produk kecantikkannya sentiasa merasa cantik dan tampil yakin dengan diri mereka.

Produk ‘Pleasing‘ ini sudah boleh dibeli dengan pra-belian dengan harga bermula US$20 hingga US$75 atau RM83.57 hingga RM313.39.

Para peminat Harry Styles sudah pasti teruja mendengar berita ini. Baru-baru ini Harry Styles telah menunjukkan bakatnya menjadi seorang pelakon dalam filem Marvel popular iaitu Enternals di akhir filem.

Baca Seterusnya : Harry Styles, Ahli One Direction Yang Pertama Mendapat Pencalonan Anugerah Grammy 2021

Sumber : CNN Indonesia 

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru