Saturday, December 4, 2021

Taman Tema Baharu Genting SkyWorlds Dijangka Akan Dibuka Pada Bulan Disember Ini

Rakyat Malaysia pasti ingin merancang percutian bersama keluarga dan rakan-rakan selepas pengumuman kebenaran merentas negeri daripada kerajaan.

Genting Highland pastinya menjadi antara destinasi pilihan utama untuk orang ramai pergi bercuti kerana terdapatnya sebuah taman tema yang besar di sana iaitu Genting SkyWorlds Genting Malaysia.

Genting SkyWorlds Genting Malaysia juga sudah pasti tidak sabar menerima kedatangan pelancong-pelancong dari dalam negara dan juga luar negara.

Walaupun tiada pengumuman rasmi tarikh pembukaan taman tema tersebut sehingga kini, tetapi dijangkakan ia akan dibuka kepada pengunjung pada tahun ini juga.

Namun begitu, ia bergantung kepada perkembangan semasa status COVID-19 dalam negara.

Berikut merupakan senarai “Theme Worlds” yang ada di Genting SkyWorlds Genting Malaysia:

  1. Studio Plaza
  2. Eagle Mountain
  3. Central Park
  4. Rio
  5. Andromeda Base
  6. Liberty Lane
  7. Epic
  8. Robots Rivet Town
  9. Ice Age

Harga tiket dianggarkan sebanyak RM150 sehingga RM300 untuk dibeli secara dalam talian dan di kaunter tiket Genting SkyWorlds Genting Malaysia.

Baca Seterusnya : Ini Senarai Hotel-Hotel Yang Terima Sijil Halal Di Negeri Sembilan

Sumber : Genting SkyWorlds Theme Park, The Edge Market

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru