Saturday, December 4, 2021

Siri Squid Game Dilaporkan Diseludup Masuk Ke Korea Utara

Siri popular Netflix Squid Game dilaporkan telah diseludup masuk untuk ditonton di Korea Utara melalui penyeludupan pemacu USB dan kad memori SD kepada penduduk Korea Utara.

Seperti semua tahu, rakyat Korea Utara tidak dibenarkan oleh kerajaan untuk menonton bahan hiburan luar terutamanya kandungan-kandungan dari Korea Selatan kerana dianggap Korea Selatan memberi pengaruh buruk kepada budaya rakyat Korea Utara.

Walaubagaimanapun, terdapat penduduk negara itu telah menonton Squid Game walaupun telah dilarang oleh pihak kerajaan negara tersebut.

Salah seorang penduduk Korea Utara telah menyatakan bahawa mereka menonton siri tersebut secara senyap-senyap pada waktu malam di bawah selimut supaya tidak diketahui oleh pihak kerajaan.

Menurut penduduk Korea Utara yang lain ketika temu bual bersama Radio Free Asia, sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang kerajaan Korea Utara boleh dikenakan tindakan yang berat.

Hal ini dikatakan demikian kerana Korea Utara sangat membenci budaya kapitalis yang masuk ke dalam negara.

Siri Netflix popular Squid Game ini telah ditayangkan pada 17 September 2021 di Netflix dan menjadi antara siri terhad popular di seluruh dunia. ‘Squid Game’ mengisahkan tentang manusia yang tamak dan mengejar kekayaan dengan cara yang salah.

Seramai 456 pemain dalam siri ini yang mempertaruh nyawa untuk mendapat wang yang ditawarkan iaitu sebanyak 45.6 billion Won.

Baca Seterusnya : Platfom Penstriman China Didakwa Meniru “Squid Game”

Sumber 1

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru