Saturday, December 4, 2021

Siri “Loki” Hadir Di Disney+ Hotstar, Langgan Mulai 1 Jun Ini

Tom Hiddleston baru sahaja mengumumkan tarikh tayangan perdana dan hari tayangan mingguan “Loki” oleh Marvel Studios, sebuah siri baru dan eksklusif hanya di Disney+ Hotstar.

Loki menampilkan God of Mischief ketika dia tidak lagi bersama adiknya yang berlangsung selepas peristiwa “Avengers: Endgame.” Tom Hiddleston kembali sebagai watak utama, disertai oleh Owen Wilson, Gugu Mbatha-Raw, Sophia Di Martino, Wunmi Mosaku dan Richard E. Grant. Kate Herron mengarahkan Loki, dan Michael Waldron selaku ketua penulis.

loki disney+

Rakyat Malaysia akan dapat menyaksikan Loki di Disney+ Hotstar bermula 9 Jun 2021. Pengguna boleh melanggan perkhidmatan penstriman tersebut terus dari laman web Disney+ Hotstar atau aplikasi Disney+ Hotstar pada peranti Android dan iOS mulai 1 Jun 2021, dengan harga RM54.90 untuk tiga bulan.

Saksikan video pengumuman siri “Loki” oleh Tom Hiddleston berikut:

Sumber: Siaran Akhbar Disney+ Hotstar & Sumber 2

Baca seterusnya: Filem-Filem Yang Berunsurkan Nilai Persahabatan Untuk Ditonton Bersama Rakan

ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru