Saturday, December 4, 2021

Siri Animasi Mechamato Bakal Ditayangkan Di Cartoon Network Disember Ini

Siri animasi aksi dan komedi Mechamato akan mula ditayangkan pada 4 Disember hanya di saluran Astro 615 HD, Cartoon Network.

Episod pertama dan kedua akan mula bersiaran pukul 3 petang pada hari Sabtu (4 Disember 2021) dan Ahad (5 Disember 2021) dengan setiap episod baharu selepas ini akan bersiaran hujung minggu pada masa yang sama.

Siri yang dinanti-nanti ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Amato yang secara tidak sengaja menemukan penjara angkasa yang penuh dengan robot.

Dia telah bergabung dengan ‘MechaBot‘ untuk melepaskan diri daripada penjara angkasa sehingga menjadikan Amato dan ‘MechaBot’ menjadi ‘Mechamato’. Dia telah membawa pulang robot-robot tersebut termasuk robot kembali ke bumi.

Setelah pulang ke bumi, Mechamato bertekad untuk menyelamatkan bandar Kota Hilir yang sedang diancam bahaya.

Siri animasi ini akan ditayangkan di lebih 20 buah negara seperti Korea Selatan, Jepun, New Zealand dan banyak lagi.

Pada 1 Januari 2021 lalu, Monsta telah pun menayangkan trailer rasmi siri animasi Mechamato.

Untuk pengetahuan semua, Mechamato ini merupakan ayah superhero kegemaran ramai iaitu Boboiboy. Mechamato pernah muncul sebagai ‘cameo‘ dalam filem Boboiboy 2 dan mendapat perhatian ramai peminat.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton siri animasi hebat ini di Cartoon Network.

Baca Sekarang : Animonsta Studios Lancarkan Trailer Rasmi Animasi “Mechamato”

Sumber : Cartoon Network

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru