Saturday, December 4, 2021

Setelah Lebih 20 Tahun Bekhidmat, Ahli Sihir New Zealand Dipecat

Kerajaan New Zealand (NZ) dilaporkan telah menamatkan jawatan ahli sihir di negara tersebut selepas 20 tahun dia berkhidmat.

Ahli sihir tersebut itu, Ian Brackenbury Channell dilahirkan pada 4 Disember 1932. Ahli sihir tersebut digelar sebagai The Wizard.

The Wizard merupakan seorang penghibur, ahli politik dan pengajar. The Wizard juga merupakan salah seoaang graduan dari University Leeds dalam bidang psikologi dan sosiologi.

Pada awal kariernya, dia tidak begitu diterima di NZ kerana The Wizard melakukan pengucapan awam dengan memakai pakaian nabi palsu di gereja England dengan topi yang berbucu.

Perbuatan tersebut dianggap menyalahi undang-undang dan tidak sopan.

Walaupun tidak diterima ramai orang, namun pada tahun 1990, perdana menteri New Zealand iaitu Mike Moore telah mengumumkan bahawa The Wizard dilantik sebagai ahli sihir rasmi NZ.

The Wizard juga mendapat gaji tahunan sebanyak $16,000 NZ sepanjang menjadi ahli sihir di negara tersebut.

Tugasnya hanya perlu melakukan sihir sebagai promosi untuk bandar Christchurch.

Setelah lebih 20 tahun berkhidmat sebagai ahli sihir rasmi New Zealand, kini majlis bandar New Zealand telah menghentikan jawatan ahli sihir kepada The Wizard secara rasmi berkuat kuasa pada bulan Disember 2021 ini.

Kontrak tersebut dihentikan kerana isu yang menyinggung hati pihak kerajaan. The Wizard didakwa mempersoalkan tentang wanita dan strategi pelancongan terbaru kerajaan tersebut.

Hal itu membuatkan kerajaan NZ terus menamatkan khidmat ahli sihir negara dan menganggap The Wizard akan menjadi seperti ahli sihir lain iaitu sebagai satu lagenda.

Menurut The Wizard, walaupun telah dihentikan daripada menjadi ahli sihir rasmi negara, dia akan meneruskan perkhidmatannya secara individu di bandar tersebut.

Beliau tegaskan, mereka perlu membunuhnya untuk menghentikan The Wizard melakukan semua itu.

Baca Seterusnya : Jom Tonton Kesemua Siri Filem Harry Potter Di HBO Go Dan Cartoon Network

Sumber : USA Today

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru