Saturday, December 4, 2021

McDonald’s Menawarkan Koleksi Istimewa ‘Minions Jumpsuit Carrier’

McDonald’s telah mengeluarkan set Minions Jumpsuit Carrier yang boleh dibeli di semua cawangan McDonald’s seluruh Malaysia.

Minions Jumpsuit Carrier ini dijual pada harga RM49.99 sahaja bermula dari 15 November sehingga 30 November 2021. Kecomelan set tersebut boleh membuat anda terpukau dan ingin memiliki banyak lagi barangan Minions yang comel.

Ia hanya sah dibeli melalui kaunter bayaran dalam McDonald’s atau Drive Thru sahaja. Tidak sah melalui McDelivery.

Jika berminat, anda perlu mendapatkan set Minion ini dengan segera sebelum stok habis dibeli oleh orang lain. Jadi jangan fikir banyak dan terus pergi ke McDonald’s untuk set The Minions Jumpsuit Carrier ini.

Minions merupakan watak dalam filem animasi Despicable Me dan Minions juga mempunyai filem animasi sendiri yang bertajuk Minions. Filem Minions mendapat sambutan di banyak negara termasuk Malaysia.

Ia ditayangkan pada 11 Jun 2015 di London dan mendapat kutipan sebanyak $1.159 bilion di seluruh dunia. 3 Minions utama dalam filem animasi tersebut bernama Kevin, Stuart dan Bob.

Baca Seterusnya : 2 Menu McDonald’s Pada Harga Serendah RM5.99 Sahaja Setiap Hari

Sumber : McDonalds

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru