Saturday, December 4, 2021

Senarai Bantuan Untuk Penjawat Awam Dari Bajet 2022

Bajet 2022 telah memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada mereka yang memerlukan. Barisan hadapan negara juga tidak ketinggalan memperoleh inisiatif daripada kerajaan atas usaha dan kerjasama yang diberikan sepanjang pandemik COVID-19 sehingga kini.

Menteri kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengatakan bahawa bantuan khas terhadap penjawat awam akan diberikan kerana telah berkhidmat dengan penuh dedikasi. Berikut merupakan inisiatif yang akan diberikan kepada penjawat awam:

  • Bantuan RM700 (Penjawat Awam)
  • Bantuan RM350 (Pesara Kerajaan)
  • Bantuan RM200 (pembantu Pembangunan Masyarakat gred S19 dan pembantu Perawatan Kebajikan U11 serta U14)
  • Menurunkan Kadar Keuntungan Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar dari 4% Kepada 2%
  • RM365 juta Untuk Penyelenggaraan Kuarters Dan Bangunan Penjawat Awam
  • Meneruskan Inisiatif Perlindungan Kemalangan Diri sehingga RM100,000

Semua inisiatif yang diberikan ini dipercayai merupakan inisiatif yang setimpal dengan pengorbanan mereka semua dalam menjalankan tugas walaupun pelbagai cabaran telah dihadapi untuk menyempurnakan tugas.

Baca Seterusnya: Doktor Pakar Sakit Puan Malaysia Berjaya Mencipta Kondom Uniseks Pertama Di Dunia

Sumber: Ucapan Perutusan Bajet 2022

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru