Saturday, December 4, 2021

Sempena Hari Lahir Mickey Dan Minnie Mouse, Ini 7 Fakta Menarik Tentang Mereka Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Mickey Mouse dan Minnie Mouse menyambut hari lahir ke-93 pada 18 November setiap tahun.

Watak kartun animasi Mickey Mouse dan Minnie Mouse ini tidak asing untuk masyarakat dunia terutama kanak-kanak.

Sempena hari lahir mereka, jom kita lihat 7 fakta menarik tentang mereka yang mungkin anda tidak tahu.

1. Nama Mickey Yang Pertama Bukan Mickey

Siapa sangka sebenarnya nama Mickey Mouse sebenarnya Mortimer Mouse. Nama tersebut telah diubah kerana dianggap tidak sesuai disebut bersama nama Minnie Mouse.

Bagi Walt Disney, ia akan sedikit pelik jika Mickey Mouse digelar bernama Mortimer Mouse sekarang.

2. Mickey Dan Minnie Mouse Sebenarnya Tidak Berkahwin

Kita selalu berfikir bahawa Mickey dan Minnie Mouse ini sebenarnya sudah bernikah tetapi sebenarnya tidak. Mereka tidak berkahwin lagi malah mereka bukan adik beradik walaupun berkongsi tarikh lahir yang sama.

Walaupun mereka tidak berkahwin tetapi Mickey Mouse tetap sangat menyayangi Minnie Mouse sepenuh hatinya.

3. Watak Mickey Dan Minnie Mouse Bukan Watak Biasa 

Watak dua kartun popular ini adalah untuk mengubah pemikiran manusia terhadap kartun. Watak mereka menunjukkan personaliti yang baik sesuai dengan target penonton iaitu terhadap kanak-kanak.

Mickey Mouse terkenal dengan personalitinya yang sentiasa yakin dan Minnie Mouse pun terkenal dengan sifat kewanitaannya.

Personaliti yang ada pada watak-watak ini menjadikan mereka popular sehingga sekarang.

4. Minnie Sebenarnya Tidak Selalu Menggunakan Bow Merahnya

Minnie Mouse sebenarnya tidak memakai bow merah untuk kali pertama kemunculannya.

Dia memakai topi dengan daisy yang ada di atas topi tetapi penonton lebih mengenali Minnie Mouse dengan fesyen bow merah.

Fesyen asal Minnie sebenarnya tidak seperti yang kita lihat sekarang.

5. Perkataan Pertama Mickey Mouse Ialah “Hot Dogs”

Mickey Mouse muncul pertama kali untuk tontonan umum dengan perkataan pertama iaitu Hot Dogs. Perkataan tersebut diingati sehingga sekarang oleh peminat-peminat Mickey dan Minnie Mouse.

6. Minnie Merupakan Rakan Yang Kita Perlukan

Minnie Mouse sentiasa menyokong rakannya iaitu Daisy walau apapun yang terjadi.

Dia juga merupakan rakan yang baik kerana sering bersama Daisy dalam keadaan susah dan senang. Di samping itu, dia juga sering membantu Mickey untuk menjaga haiwan peliharaannya iaitu Pluto.

7. Barangan Mickey Mouse Yang Pertama Merupakan Tablet Menulis

Mickey Mouse menggunakan barangan tablet menulis pertama apabila Walt Disney bersetuju untuk mengambil tawaran seorang lelaki yang ingin menggunakan Mickey untuk mempromosi tablet tersebut dengan harga AS$300.

Mickey dan Minnie Mouse merupakan watak animasi popular Walt Disney. Jadi jom langgan Disney+ HotStar untuk menonton siri animasi popular ini.

Anda boleh dapatkan filem dan hiburan lain dengan melanggan Disney+ Hotstar melalui aplikasi Disney+ Hotstar atau terus ke laman web DisneyPlusHotstar.my.

Harga langganan serendah RM54.90 selama tiga bulan sangat berbaloi untuk dilanggan anda.

Baca Seterusnya : 5 Fakta Menarik Yang Pasti Mengejutkan Anda!

Sumber : Disney+ Hotstar

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru