Friday, January 21, 2022

Betul Ke Bersukan Selepas Waktu Bekerja Menyebabkan Serangan Jantung

Selalu orang menyangka bersukan ni sentiasa baik untuk kesihatan diri. Kadang kala ada yang bersukan selepas waktu bekerja untuk pengamalan gaya hidup yang sihat dan seimbang.

Tetapi tahukah anda, sukan selepas waktu kerja juga boleh mendatangkan bahaya untuk diri anda?

Sukan selepas waktu bekerja atau pada waktu malam kadang kala boleh jadi tidak baik untuk anda. Anda mungkin boleh mengalami tekanan darah tinggi dan mempunyai risiko untuk terkena serangan jantung.

Ia juga sering terjadi kepada perokok muda.

Hal ini dikatakan demikian kerana, bersukan selepas waktu bekerja akan menyebabkan badan anda terpaksa menggunakan tenaga untuk melakukan aktiviti sukan.

Hal tersebut ditambah dengan tahap kesihatan yang tidak mengizinkan dan faktor usia yang tidak sesuai.

Anda perlu sedar tanda-tanda awal kemungkinan untuk anda terkena serangan jantung untuk mengambil langkah awal.

Berikut merupakan tanda-tanda awal serangan jantung ketika bersukan.

  • Sesak dada
  • Sesak nafas secara tiba-tiba
  • Pening atau sakit kepala
  • Degupan jantung seperti berdebar-debar
  • Sakit di bahagian dada yang menular ke bahagian leher, belakang badan, perut atau rahang.
  • Berpeluh-peluh lebih banyak daripada biasa

Sekiranya semua tanda ini terjadi, anda perlu berhenti untuk bersukan selepas waktu bekerja dan mula untuk membuat temu janji untuk pemeriksaan di pusat kesihatan yang berdekatan.

Anda juga perlu sedar bahawa penyakit jantung masih menjadi penyebab utama kematian di Malaysia. Jadi, fahami perbezaan Jantung terhenti dan Serangan Jantung supaya anda dapat melakukan tindakan pantas untuk menyelamatkan nyawa seseorang.

Bagaimana pula cara untuk melakukan tindakan pantas untuk menyelamatkan nyawa seseorang? Jom kita lihat.

  1. Hubungi 999.
  2. Mulakan CPR tekanan dada pada kadar 100-120 tekanan seminit.
  3. Gunakan perenjat denyutan (AED) jika ada.

Sekiranya anda mengetahui apa yang perlu dibuat, mungkin anda dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Bersukanlah dengan bijak mengikut tahap kesihatan dan usia yang sesuai. Jangan risikokan diri anda untuk gaya hidup yang sihat tetapi sebenarnya amat membahayakan nyawa anda.

Baca Seterusnya : Bermula Dengan Sukan Bola Sepak, Nama-Nama Hebat Ini Kini Menceburkan Diri Dalam Perfileman

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru