Saturday, December 4, 2021

Saintis Temui Spesis Ikan ‘Rare’ Terperangkap Di Jaring Nelayan

Pada 4 Oktober 2021, Saintis telah menemui seekor ikan raksaksa yang sangat sukar ditemui di Pantai Ceuta, Sepanyol.

Ikan raksaksa tersebut iaitu ikan Matahari (Sunfish) telah tersangkut pada jaring nelayan di Pantai Ceuta. ‘Sunfish’ merupakan antara ikan yang terberat di dunia.

‘Sunfish‘ yang dijumpai ini mempunyai ukuran sepanjang 10.5 kaki dan 9.5 kaki lebar.

Saintis cuba untuk menimbang ‘Sunfish‘ ini tetapi penimbang mereka tidak boleh lebih daripada 1000 kg. Jadi, mereka tidak boleh menganggarkan berat sebenar ‘Sunfish‘ ini kerana risau penimbang mereka pecah.

Berat ‘sunfish‘ ini dianggarkan lebih daripada 4000 paun atau 1814.369 kilogram (kg).

Mereka segera melepaskan kembali ikan tersebut ke lautan semula selepas mengambil gambar dan sampel DNA untuk kajian oleh saintis.

Sunfish‘ juga digelar dengan nama Mola Mola untuk nama saintifiknya. Mola merupakan perkataan Latin yang bermaksud ‘batu kilang’ atau ‘millstone‘.

Ikan ini boleh mencecah sehingga 11 kaki panjang atau 335.28 cm dengan berat lebih daripada 5000 paun atau 2267.96 kg.

Sunfish’ ini tidak berbahaya kepada manusia walaupun ikan tersebut mempunyai saiz yang besar. Jika mereka mempunyai rasa ingin tahu, ikan ini hanya akan mendekati para penyelam sahaja.

Selain itu, ikan ini juga makan ikan dan tumbuhan dan menjadikannya sebagai haiwan dalam kumpulan omnivor.

Antara makanan kegemarannya ialah obor-obor, ikan kecil, alga dan zooplankton.

Baca Seterusnya : Saintis Percaya Kucing Sebenarnya Tahu Lokasi Tuan Mereka

Sumber : CNN 

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru