Saturday, December 4, 2021

Saintis Percaya Kucing Sebenarnya Tahu Lokasi Tuan Mereka

Kajian mengesahkan bahawa kucing mampu mengesan lokasi tuan mereka hanya dengan menggunakan telinga.

Menurut Saho Takagi, pelajar kedoktoran Universiti Kyoto mendapati hasil daripada ujian yang dijalankan mereka menunjukkan kucing boleh berfikir tentang banyak perkara melalui pendengaran.

Oleh kerana pendengaran mereka tajam, mereka dapat mengetahui lokasi keberadaan tuan mereka.

Kajian yang dilakukan oleh beliau dan beberapa orang lagi telah menggunakan 50 kucing di Jepun. 27 ekor kucing tersebut tinggal di kafe kucing dan 23 ekor lagi merupakan kucing rumah.

Mereka menguji kucing-kucing tersebut dengan meletakkan kucing dalam bilik ujian dengan dua pintu dan tingkap. Satu alat pembesar suara juga diletakkan berhampiraan pintu atau tingkap biik tersebut berjarak 4 meter.

Selain itu, sebuah kamera video juga diletakkan dalam bilik bagi melihat pergerakkan kucing tersebut. Hanya satu kucing yang diletakkan dalam satu-satu masa di bilik tersebut.

Mereka menganalisis tindak balas dan rakaman video dengan teliti dan mendapati kucing akan menggerakkan telinga dan arah kepala mereka apabila mendengar suara tuan mereka.

Mereka juga akan terkejut apabila mendengar suara tuan mereka pada jarak berbeza melalui pembesar suara.

Menurut Angelo Quaranta dari Universiti dari Aldo Moro, Itali, kucing mempunyai kebolehahan memahami emosi manusia-kucing mengikut persekitaran mereka.

Baca Seterusnya : Luka Magnotta, Bermula Dari Mendera Dan Membunuh Kucing Hingga Ke Manusia

Sumber 1 & Sumber 2

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru