Saturday, December 4, 2021

‘RipRacer’ Basikal Elektrik Terbaru Dari Juiced Bikes

Pengeluar basikal elektrik, Juice Bikes telah melancarkan basikal elektrik terbaru yang dikenali sebagai ‘RipRacer‘ yang akan mula dijual secara dalam talian tidak lama lagi.

Basikal elektrik ‘RipRacer‘ ini menguunakan kerangka yang kecil serta roda 20” yang sesuai ditunggang pengguna bertubuh kecil dan mereka yang inginkan basikal mudah dibawa ke mana sahaja.

Ia ditawarkan dalam 4 pilihan warna menarik iaitu Noir, Baja Blue, Mystic Green dan Hi-Viz Yellow.

RipRacer turut dilengkapi dengan AirTag Apple untuk membantu pemiliknya mengesan basikal tersebut sekiranya berlaku kehilangan atau melihat bateri basikal elektrik ini.

Antara ciri-ciri utama lain yang ada pada basikal elektrik ini adalah seperti yang berikut :

RipRacer Kelas 2

  • Bateri 52 V / 10.4 Ah (G2 Dockable Battery)
  • 9 Transistor / 20 Amp Peak 
  • 750 Watts (1,040 Watts peak power @ 20A)
  • Limit berat: 275 lbs (125 kg)
  • Kelajuan : 20mph (32 km/h)
  • Boleh bergerak sejauh 55 batu atau 88.5139km
  • Pengecas bateri : 52V / 2 Amps

RipRacer Kelas 3

  • 52 V / 15.6 Ah (G2 Dockable Battery)
  • 9 Transistor / 25 Amp Peak
  • 750 Watts (1,300 Watts peak power @ 25A)
  • Limit berat: 275 lbs (125 kg)
  • Kelajuan : 28 mph (45 km)
  • Boleh bergerak sejauh 55 batu atau 88.5139 km
  • Pengecas bateri : 52V / 2 Amps

Harga ‘RipRacer‘ kelas-2 ialah $1,399 atau RM5826.14 dan kelas ke-3 berharga dari $1,599 atau RM6,659.04. Waranti selama setahun juga akan diberikan kepada anda jika anda

Anda boleh memesan basikal elektrik ini bermula 26 November 2021 di laman web Juiced Bikes dan penghantaran pesanan basikal RipRacer ini bermula bulan Mac 2022.

Baca Sekarang : Panduan Jenis-jenis Basikal Terbaik Untuk Peminat Basikal

Sumber 1, Sumber 2

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru