Friday, January 21, 2022

Rasmi, Malaysia Kini Miliki Bangunan Kedua Tertinggi Di Dunia Terbaharu

Bangunan paling tinggi di Malaysia kini bukan lagi milik Menara Berkembar Petronas tetapi Merdeka 118.

Merdeka 118 ini terletak di Kuala Lumpur dan masih dalam pembinaan di mana ia dijangka akan siap sepenuhnya dalam tahun 2022 nanti.

Kos pembinaan Merdeka 118 ini mencecah sehingga RM5 bilion yang mempunyai sebanyak 118 tingkat dengan ketinggian keseluruhannya mencapai 678.9 meter.

Menurut Perdana Menteri Malaysia, Menara Merdeka 118 ini bakal menjadi pusat pemangkin ekonomi dengan peluang pekerjaan melalui perniagaan-perniagaan yang bakal dibuka di dalam menara tersebut dan sekitarnya.

Menara ini merupakan kesinambungan daripada projek bekas Perdana Menteri ke-6 yang lalu iaitu Dato’ Sri Mohd Najib Razak yang dibiayai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Lokasi Merdeka 118.

Sebuah hotel juga akan berada di Menara Merdeka 118 ini di tingkat ke-17 iaitu hotel Park Hyatt yang akan mempunyai sebanyak 255 buah bilik.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kolam renang paling tinggi di Malaysia yang bertempat di tingkat ke-99. Hotel tersebut dijangka akan menerima pengunjung pada awal tahun 2023.

Ketinggian Menara Merdeka 118 ini sekaligus akan menjadi tempat yang mempunyai dek pemerhatian (Anjung Tinjau) tertinggi di dunia setakat ini.

Di sini juga turut terdapat aktiviti seperti Skyline, berjalan kaki di luar bangunan dan banyak lagi. Antara kemudahan-kemudahan lain yang akan berada di sekitar dan dalam Menara Merdeka 118 ini adalah seperti :

  • Muzium Tekstil
  • Masjid Merdeka
  • Pusat Asuhan
  • Taman Rekreasi
  • Pusat Beli Belah 118
  • Kafe ‘Look at 118’
  • Pejabat Merdeka 118

Seperti semua rakyat Malaysia tahu, selain Merdeka 118, Malaysia juga mempunyai bangunan-bangunan tinggi pencakar langit lain yang masih gah sebagai lambang kebanggaan negara seperti KL Tower dan Kuala Lumpur Exchange 106.

Kredit Gambar : Skyscrapers.com

Menara Berkembar Petronas pernah menjadi menara tertinggi di Malaysia sejak tahun 1999 dengan tinggi 451.9M namun kini menjadi menara kedua tertinggi di Malaysia.

Menara ke-3 tertinggi di Malaysia pula jatuh kepada Kuala Lumpur Exchange 106 dengan ketinggian 445.5M diikuti dengan Menara Kuala Lumpur dengan ketinggian 421M.

Menara Kuala Lumpur Exchange 106 dibuka sejak tahun 2018 manakala Menara Kuala Lumpur pula siap dibina pada tahun 1994 dan buka secara rasmi pada 23 Julai 1996.

Kuala Lumpur Four Seasons Place pula merupakan menara ke-5 tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 342.5M. Ia merupakan sebuah Hotel 4.5 Bintang di Malaysia yang berada di sekitar Menara Berkembar Petronas.

Ketinggian menara-menara Malaysia ini juga telah meletakkan ia tersenarai dalam senarai bangunan tertinggi di Asia Tenggara.

Kredit Gambar : Skyscrapers.my

Diperingkat Asia pula, ketinggian Merdeka 118 sekaligus memahkotakannya sebagai bangunan tertinggi di Asia Tenggara diikuti oleh Vincom Landmark 81, Vietnam, Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur Exchange 106 dan Autograph Tower, Jakarta Indonesia.

Diperingkat dunia pula, Menara Burj Khalifa, Dubai masih lagi memegang takhta bangunan paling tinggi di dunia, diikuti oleh Menara Merdeka 118, Menara Shanghai, China, Makkah Royal Clock, Arab Saudi dan Ping An Finance Center, China.

Kredit Gambar : Skyscrapers.my

Kehadiran Merdeka 118 sekali lagi meletakkan Malaysia di mata dunia sebaris dengan negara-negara besar yang lain.

Baca Sekarang : Jom Sertai Pertandingan Menulis Artikel Penceritaan Sejarah Kuala Lumpur Dan Berpeluang Menangi Hadiah Keseluruhan Berjumlah RM7,000.00

Sumber 1, Sumber 2, Sumber 3

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru