Saturday, December 4, 2021

Rakyat Austria Yang Tidak Divaksin Dikenakan Perintah Kawalan Berkurung

Austria bersetuju untuk melaksanakan perintah kawalan berkurung terhadap rakyat negara itu yang tidak mendapat vaksin sepenuhnya berumur 12 tahun ke atas.

Sebanyak 11,552 kes COVID-19 yang telah dilaporkan pada 14 November 2021.

Peningkatan kes COVID-19 di negara tersebut telah menyebabkan kerajaan Austria mengambil tindakan tegas untuk mengawal penularan virus COVID-19 dalam negara.

Menurut canselor Austria iaitu Alexander Schallenberg, tindakan undang-undang tersebut akan dilaksanakan bermula 19 November.

Mereka akan diarahkan untuk tinggal di rumah masing-masing dengan kawalan mengejut daripada pegawai yang bertanggungjawab.

Selain itu, mereka juga tidak boleh melakukan aktiviti harian sama seperti penduduk Austria lain yang telah lengkap divaksinasi.

 

Antara aktiviti yang mereka tidak boleh lakukan adalah seperti makan di kedai, pergi ke tempat hiburan dan sebagainya. Mereka hanya dibenarkan untuk tinggal di rumah sahaja sehingga satu masa yang dimaklumkan semula oleh kerajaan.

Kira-kira 65% sahaja penduduk Austria yang sudah lengkap divaksinasi walaupun kes kematian COVID-19 di negara itu semakin meningkat.

Sekiranya mereka yang tidak divaksinasi melanggar peraturan sepanjang perintah kawalan berkurung dilaksanakan, mereka akan didenda sebanyak $1,660.

Austria merupakan sebuah negara Eropah Tengah yang mempunyai 8.5 juta penduduk. Rakyat negara itu menggunakan bahasa German sebagai bahasa rasmi mereka.

Baca Seterusnya : Senarai Kit Ujian Kendiri COVID-19 Yang Diluluskan Oleh MDA Setakat 15 November 2021

Sumber 1 & Sumber 2 

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru