Saturday, December 4, 2021

Program Kuala Lumpur Bebas Kenderaan Kini Kembali

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kembali menganjurkan satu program iaitu Program Pagi Bebas Kenderaan Kuala Lumpur (KLCFM) untuk menjaga alam sekitar.

Program ini akan kembali diadakan Bermuda 7 November 2021 hari Ahad untuk seluruh warga kota. Pra pendaftaran kepada semua yang berminat adalah melalui laman web KL Car Free Morning dan laman Facebook KL Car Free morning pada 2 November 2021.

Seterusnya, anda akan mendapat emel daripada Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur apabila pendaftaran tersebut telah disahkan.

Peserta wajib untuk lengkap dua dos vaksin dan melepasi tempoh 14 hari dan membuat pra-pendaftaran.

Anda juga akan diberikan Quick Response Coe (QR Code) sehari sebelum program tersebut akan dijalankan melalui sms dan emel. QR Code tersebut perlu diimbas di meja pendaftaran di Dataran Merdeka.

Program ini akan menggunakan laluan sepanjang 7 kilometer di sekitar bandaraya Kuala Lumpur seperti Jalan Raja, Jalan Raja Laut (sebagian), Jalan Sultan Ismail (sebahagian), Jalan Ampang (sebahgian), Jalan P.Ramlee, Jalan Dang Wangi dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (sebahagian).

Peserta akan melakukan aktiviti bermula jam 7 pagi sehingga 9 pagi melibatkan aktiviti berjalan, berlari, meluncur atau berbasikal. Semua jalan yang terlibat akan ditutup daripada kenderaan awam dan persendirian.

Untuk info tambahan, anda boleh melayari laman web KL Car Free Morning www.klcarfreemorning.my.

Baca Seterusnya : 6 Kesalahan Utama Yang Kerap Pengguna Jalan Raya Lakukan Sehingga Menyebabkan Kemalangan

Sumber : DBKL

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru