Saturday, December 4, 2021

Prasarana Perkenalkan Pas ‘Keluarga Malaysia’. Perjalanan Tanpa Had Dengan Perkhidmatan LRT, MRT, Monorel Dan Bas Rapid Transit

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan Pas ‘Keluarga Malaysia’ oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Perdana Menteri menyifatkan bahawa pelancaran Pas ‘Keluarga Malaysia’ ini akan memudahkan rakyat Malaysia untuk menggunakan perkhidmatan awam di Lembang Klang dan Selangor.

Pas ‘Keluarga Malaysia’ ini akan mula dijual pada 1 Disember 2021 pada harga RM15 sahaja.

Menerusi satu tiket Pas ‘Keluarga Malaysia’, ia boleh digunakan sehingga empat orang ahli keluarga untuk perjalanan satu hari tanpa had menggunakan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan Bas Rapid Transit – Laluan Sunway (BRT) pada hari Sabtu, Ahad dan hari cuti umum.

Pas ‘Keluarga Malaysia’ ini boleh dibeli di semua kaunter tiket stesen LRT, MRT, monorel dan BRT.’

Tujuan pengenalan Pas ‘keluarga Malaysia’ ini adalah untuk mendorong rakyat Malaysia beriada bersama keluarga dengan keluar ke pusat membeli belah menggunakan jaringan pengangkutan awam di Lembah Klang dan Selangor.

Baca Seterusnya : Jom Balik Kampung Dengan KTMB Dan Dapatkan Diskaun Sehingga RM10

Sumber : Prasarana Malaysia

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru