Saturday, December 4, 2021

Perubahan Iklim Menyebabkan Kampung Di Banjaran Himalaya Ini Terbahagi Kepada Dua

Perubahan Iklim yang berlaku pada dunia menyebabkan sebuah kampung di banjaran Himalaya terbahagi kepada dua.

Kampung di Kumik, India mengalami krisis air sehingga menyebabkan mereka terpaksa membuka penempatan baharu. Perubahan iklim telah menyebabkan sumber air mereka semakin kering.

Hanya 10cm hujan sahaja yang turun di tempat mereka dan suhu boleh menurun sehingga -30 darjah celcius. Glasier juga kering dan salji tidak lagi selalu turun seperti dahulu.

Mereka pun mengambil keputusan untuk bermigrasi ke Gyephelling. Walaupun sebenarnya tempat tersebut tiada air, tetapi mereka tetap berusaha untuk mengambil air di sungai Lungnak dan membawanya ke rumah.

Menurut Rigzin Tember, penduduk kampung tersebut, mereka mengalihkan air di Sungai Lungnak ke tempat baru dengan menggali dan membina terusan bersama-sama penduduk kampung lain tanpa mengira lelaki atau perempuan.

Apabila terusan siap dibina, mereka menjalankan hidup mereka di kampung baru tersebut. Terdapat juga penduduk yang tidak mahu berpindah dari kampung asal.

Baca Seterusnya : Saintis Ramalkan 85% Populasi Dunia Akan Terkesan Akibat Perubahan Iklim Bumi

Sumber : BBC News

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru