Saturday, December 4, 2021

Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Jika Berlaku Melecur Anggota Badan

Kecederaan boleh berlaku tanpa sedar kepada sesiapa sahaja dan ia mampu menyebabkan masalah yang serius jika tidak mengambil langkah awal dengan segera.

Antara kecederaan yang boleh berlaku adalah seperti melecur.

Lecur merupakan sejenis kecederaan yang disebabkan oleh haba, elektrik, bahan kimia atau geseran yang memberi kesan kepada kulit.

Tapi tahukah anda, apakah yang perlu dilakukan ketika anda atau orang sekeliling melecur pada anggota badan? Jadi, jom kita lihat.

  • Anda perlu mencuci bahagian yang melecur dengan air bagi mengurangkan rasa sakit.
  • Pergi ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut dengan ubat-ubatan bersesuaian
  • Jika anda mempunyai ubat sapuan penahan sakit/analgesic/ ubat antiobiotik, anda boleh terus menyapu ubat pada luka lecur tersebut
  • Amalkan penjagaan kebersihan yang konsisten untuk membantu proses penyembuhan luka lecur

Anda juga sentiasa diingatkan supaya tidak menggunakan ais pada luka lecur atau bahan lain tanpa merujuk pegawai kesihatan di klinik atau hospital terlebih dahulu agar luka tidak menjadi lebih teruk.

Selain itu, anda perlu memastikan pesakit yang melecur tidak menutup lecur dengan kain yang kotor.

Sekiranya anda atau orang sekeliling mengalami luka lecur yang teruk, anda perlu ke hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan doktor di unit lecur khas hospital tersebut.

Baca Seterusnya : KKM Melaporkan Kes Pertama Subvarian Delta AY.4.2 COVID-19 Di Malaysia

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru