Wednesday, May 25, 2022

Ini Adalah Laptop Dengan Skrin OLED Paling Murah Di Malaysia

Sempena tahun baru yang bakal datang sedikit sahaja masa lagi, mungkin ada dikalangan pengguna khususnya pengguna-pengguna profesional dalam industri kreatif seperti pencipta kandungan, pereka grafik, penyunting video, jurufoto dan banyak lagi yang tercari-cari komputer riba terbaik terbaru yang sesuai untuk mereka untuk tahun baru nanti.

Sebagai pengguna profesional, anda pastinya mahukan sebuah komputer berkuasa yang cukup berprestasi. Tetapi disamping itu juga pastinya mahukan ia mesra bajet yang mampu dimiliki.

Jadi di sinilah ASUS hadir dengan menawarkan model komputer riba terbaru yang cukup berkuasa yang dapat memenuhi kehendak pengguna profesional.

Tetapi pada masa yang sama menawarkannya pada harga yang begitu kompetitif.

ASUS Vivobook Pro 15 OLED

ASUS Vivobook Pro 15 OLED merupakan komputer riba berkuasa mampu milik yang dilengkapi dengan pilihan cip pemprosesan berkuasa dari AMD Ryzen atau Intel Core.

Tidak hanya kuasa pemprosesan, grafik ASUS Vivobook Pro 15 OLED turut dijana oleh cip grafik berkuasa dari AMD Radeon dan NVIDIA GeForce RTX yang pastinya akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengguna yang mahukan komputer riba dengan kuasa grafik terbaik.

Skrin OLED Standard Industri

Cip grafik berkuasa yang dimiliki ASUS Vivobook Pro 15 OLED ini dipadankan dengan paparan OLED berkualiti tinggi.

Skrin OLED komputer riba ASUS ini pastinya akan amat dihargai penggunanya kerana ia memberikan kualiti visual terbaik menerusi ciri-ciri utama yang ada padanya.

Antara ciri-ciri utama skrin ASUS Vivobook Pro 15 dengan paparan OLED ini adalah seperti 70% lebih rendah cahaya biru yang memberikan keselesaan pada mata.

Ciri ini amat bermanfaat kepada pengguna yang menghabiskan masa yang panjang melihat skrin komputer dek kerja yang memerlukan tumpuan penuh.

Kadar kecerahan sehingga 600 nit dan sokongan paparan HDR sekaligus memberikan imej yang sangat jelas serta kaya dengan warna. Kualiti imej dan warna yang terang dan jelas amat penting khususnya kepada pereka grafik dan penyunting video yang mahukan kualiti skrin yang mampu menyamai standard industri.

Skrin OLED komputer riba ini dengan respon yang sangat pantas iaitu 0.2 ms sahaja akan menjadikan tontonan video di komputer riba ini lebih ‘enjoy’ kerana imej video akan kelihatan lebih jelas tanpa kesan kabur.

Bergaya dan Berprestasi Tinggi

Mungkin ada yang beranggapan untuk mendapatkan prestasi terbaik, mereka perlu bekerja dengan komputer meja berkuasa.

Tetapi dengan bekerja di ASUS Vivobook Pro 15 OLED, komputer riba ini akan menjadi stesen kerja peribadi yang berkuasa walau di mana anda berada.

Lepak di kafe seperti Starbuck atau Mekdi sambil membuat kerja memberikan anda kebebasan kepada waktu kerja anda dalam sebarang situasi tanpa bimbang akan kemampuan prestasinya.

Bukan setakat berprestasi, bekerja dengan ASUS Vivobook Pro 15 OLED turut menjadikan kerjaya anda kelihatan sangat bergaya.

Ini kerana reka bentuk komputer riba ASUS ini begitu moden dan anggun yang akan memberikan penggunanya kelihatan sangat bergaya.

Komputer riba ASUS Vivobook Pro 15 OLED ini sudah pun mula berada di pasaran yang ditawarkan dalam 5 model yang hanya berharga dari RM3,799.00 sehingga RM5,199.00 sahaja.

Untuk info lebih lanjut tentang spesifikasi model komputer riba ASUS Vivobook Pro 15 OLED ini, anda boleh layari laman rasmi ASUS Malaysia.

Beli ASUS Vivobook Pro 15 OLED di:

Lazada: https://invol.co/cl88ivw.
Shopee: https://invol.co/cl88iwu.

Iklan ini dibawakan oleh ASUS.

ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru