Saturday, December 4, 2021

Pengambilan Dos Penggalak Vaksin COVID-19 Adalah Secara Sukarela – KKM

Pemberian vaksin yang diberikan oleh kerajaan untuk mengurangkan kadar jangkitan terhadap penyakit COVID-19 telah dilaksanakan dan disambut baik oleh rakyat Malaysia.

Kini, kerajaan telah bersetuju untuk memulakan pemberian dos penggalak kepada rakyat Malaysia yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19.

Dos penggalak ini telah pun ditawarkan kepada penerima vaksin Sinovac dan Pfizer secara sukarela bermula 22 Oktober 2021 lalu.

Vaksin dos penggalak akan diberikan secara percuma dan akan dilaksanakan oleh pengamal perubatan swasta di bawah penyelarasan Protect Health Corporation Sdn Bhd (anak syarikat KKM).

Setakat ini hanya vaksin COVID-19 dari Pfizer sahaja yang diluluskan sebagai dos penggalak di Malaysia. Contoh di atas adalah bagi penerima vaksin COVID-19 dari Sinovac yang telah menerima dos penggalak Pfizer.

Menerusi aplikasi My Sejahtera, pengguna akan dimaklumkan untuk persetujuan menerima dos penggalak bagi penerima vaksin Sinovac dan Pfizer.

Pemberian dos penggalak ini akan dilaksanakan secara berfasa di seluruh negara.

Warga emas dan barisan hadapan seperti pegawai kesihatan, guru, polis dan askar merupakan rakyat Malaysia yang terawal akan menerima dos penggalak untuk membantu pengawalan kes COVID-19 di Malaysia.

Walaubagaimapun, mereka yang tidak sukarela untuk menerima dos penggalak tersebut berhak menolak sekiranya tidak bersetuju untuk disuntik.

Untuk pengetahuan anda, dos penggalak akan ditawarkan kepada penerima vaksin Pfizer COVID-19 selepas enam bulan lengkap divaksin.

Manakala bagi penerima vaksin Sinovac pula akan ditawarkan dos penggalak selepas tiga bulan menerima suntikan kedua.

Baca Seterusnya : KKM: Ivermectin Tidak Disyorkan Untuk Mengubati Penyakit COVID-19

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru