Saturday, December 4, 2021

Panduan Solat Dalam Kenderaan Ketika Tersekat Dalam Kesesakan Lalu Lintas

Ramai penganut agama islam tahu untuk menunaikan solat jamak ketika bermusafir tetapi, adakah mereka tahu cara untuk solat dalam kenderaan?

Pada waktu bercuti, perkara yang tidak diduga boleh berlaku seperti kesesakan lalu lintas ketika bercuti di Cameron Highland. Solat merupakan rukun islam yang ke-2 di mana setiap muslim wajib menunaikannya walaupun dalam keadaan darurat.

Sekiranya anda tidak mempunyai air mineral dalam kenderaan untuk mengambil wudhuk, anda boleh solat yang dalam kenderaan tetapi perlu diganti setiba sampai ke destinasi.

Walaubagaimanapun, jika anda mengambil wudhuk dengan sempurna dan solat dalam  dalam waktu solat fardhu tersebut, maka anda tidak perlu menggantinya.

Setelah selesai berwudhuk, anda boleh mula solat dengan cara seperti berikut :

  1. Anda perlu duduk mengadap hadapan kenderaan dan membuka kasut atau selipar yang dipakai
  2. Niatkan solat mengikut waktu solat fardhu yang ingin dilaksanakan contoh : Sahaja aku solat fardhu (Subuh, Zohor, Asar, Magrib atau Isyak) (2/3/4) rakaat menghormati waktu kerana Allah Taala
  3. Mula membaca bacaan dalam solat seperti biasa
  4. Apabila hendak rukuk, tundukkan sedikit kepala dan badan, kedua tangan perlu diletakkan atas lutut
  5. Anda hanya perlu duduk seperti biasa dalam keadaan mengadap hadapan kenderaan untuk duduk di antara dua sujud, tahiyat awal dan akhir serta memberi salam.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah bahagian Irsyad Al-Fatwa Siri ke-225, solat dalam kenderaan apabila berlaku darurat seperti kesesakan lalu lintas yang lama adalah tetap wajib ditunaikan.

Menurut Riwayat al-Bukhari, hadis riwayat ‘Amir bin Rabi’ah telah menyatakan “Aku pernah melihat Rasulullah S.A.W dalam keadaan baginda sedang berada di atas haiwan tunggangan, baginda bertasbih dengan mengisyaratkan kepala baginda menghadap ke arah yang mana haiwan itu menghadap. Dan tidaklah baginda melakukan perkara sedemikian di dalam solat fardhu.”

Haiwan tunggangan yang dimaksudkan pada zaman sekarang merupakan kenderaan kerana ia merupakan pengangkutan yang membawa manusia bergerak.

Oleh kerana ia merupakan tuntutan agama, anda wajib melakukannya walau dimana sahaja anda berada. Islam sentiasa memudahkan penganutnya dalam melakukan amal ibadat supaya memperoleh pahala dan keberkataan hidup daripada Allah SWT.

Baca Seterusnya : Ini Senarai Hotel-Hotel Yang Terima Sijil Halal Di Negeri Sembilan

Sumber 1 & Sumber 2

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru