Saturday, December 4, 2021

Netflix Percuma Selama 3 Bulan Dengan Tawaran Pek TV Astro Terbaru

Astro Malaysia telah menawarkan pakej internet dengan Netflix percuma selama 3 bulan untuk semua pelanggannya.

Pakej ini bersempena kempen terbaharu Astro iaitu Astro rewards. Kempen Astro Rewards ini bermula dari 15 November 2021 sehingga 31 Januari 2022 untuk para pelanggan Astro.

Tawaran pakej internet tersebut boleh memberikan penjimatan sehingga RM936 menerusi servis jalur lebar daripada Maxis Fiber berkelajuan 100Mbps.

Menurut Euan Smith, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro pakej ini ditawarkan untuk pelanggan yang meminati platform penstriman untuk hiburan melalui Ultra Box dan Ulti Box.

Platform penstriman popular Netflix menyiarkan banyak filem, drama bersiri, dokumentari dan banyak lagi hiburan yang terbaik hanya untuk pelanggannya.

Untuk info lanjut tentang pakej tawaran Astro terbaru ini, layari laman rasmi Astro Malaysia.

Baca Sekarang : Astro HBO GO Menawarkan Pelbagai Filem Terbaru Dengan Hanya RM23.30!

Sumber : Astro Malaysia

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru