Saturday, December 4, 2021

NASA Mengesan Asteroid Setinggi Menara Eiffel Sedang Menghampiri Bumi

NASA meramalkan bahawa Asteroid setinggi Eiffel Tower akan meghampiri bumi pada 11 Disember 2021 tahun ini.

Menurut NASA, asteroid yang dinamakan sebagai 4660 Nereus itu merupakan ‘Asteroid Berpotensi Berbahaya’ (PHA). Walaubagaimanapun, asteroid tersebut tidak berbahaya kepada bumi kerana anggaran jarang lintasan astroid tersebut adalah 3.9 juta km daripada bumi.

Neuros merupakan antara asteroid terbesar daripada 90% asteroid lain kerana panjangnya 330 meter.

Neuros mengorbit matahari setiap 664 hari. Namun begitu saintis meramalkan bahawa ia tidak akan menghampiri bumi sehingga 2 Mac 2031 dan November 2050 nanti.

Jarak paling hampirnya dengan bumi pula dijangka akan berlaku pada bulan Februari 2060.

Asteroid Neuros mula ditemui oleh seorang ahli astronomi bernama Eleanor F. Helin pada 1982. Ia merupakan salah satu asteroid dalam kumpulan Apollo yang melintasi bumi ketika mengorbit matahari.

Baca Sekarang : NASA Terakam “Suara” Di Planet Marikh

Sumber 1 , Sumber 2

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru