Saturday, December 4, 2021

Marvel ‘Hawkeye’ Bakal Menemui Anda Bermula 24 November Ini Di Disney+

Disney+ bakal menayangkan siri Marvel terbaru iaitu Hawkeye pada tahun ini.

Siri Hawkeye ini akan ditayangkan secara rasmi pada setiap hari Rabu bermula 24 November 2021 ini di platform penstriman hiburan popular Disney+.

Dua episod akan ditayangkan pada setiap hari Rabu hanya untuk pengguna Disney+.

Siri terbaru Marvel ini diarahkan oleh Rhys Thomas, Bert dan Bertie untuk setiap episod.

Hawkeye mengisahkan bekas anggota Avenger iaitu Clint Barton atau dikenali sebagai Hawkeye (lakonan Jeremy Renner) yang perlu kembali kepada keluarganya tetapi mempunyai cabaran dengan kehadiran musuh beliau.

Selepas itu, Hawkeye telah bekerjasama dengan Kate Bishop (Hailee Steinfeld) yang mahir memanah dan berminat untuk membongkar konspirasi jenayah.

Hailee Steinfeld sebagai Kate Bishop dan Jeremy Renner sebagai Clint Barton/Hawkeye dalam siri Marvel Studios’ HAWKEYE. 

Antara pelakon-pelakon lain yang turut membintangi dalam siri terbaru ini termasuklah Jeremy Renner, Hailee Steinfeld, Vera Farmiga, Fra Fee, Tony Dalton, Zahn McClarnon, Brian d’Arcy James dan Alaqua Cox.

Sekiranya anda belum mempunyai akaun Disney+, anda boleh mendaftar dengan klik di sini. Banyak siri, filem, dokumentari dan banyak lagi hiburan menarik menanti anda hanya di Disney+.

Baca Seterusnya : Disney+ Hotstar Menayangkan Pelbagai Kandungan Terbaru Dari Rantau Asia Pasifik

Sumber : Sidang Media Disney+

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru