Saturday, December 4, 2021

Long Covid Boleh Terjadi Kepada Segelintir Bekas Pesakit COVID-19

Segelintir pesakit COVID-19 boleh mendapat gejala secara berterusan yang dinamakan Long COVID.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam hantaran di Facebook telah menyatakan bahawa kebanyakan bekas pesakit COVID-19 di Malaysia berpotensi untuk sembuh selepas dijangkiti virus tersebut.

Tetapi, terdapat juga segelintir pesakit COVID-19 yang boleh mendapat gejala COVID-19 secara berterusan yang dinamakan Long COVID.

Antara gejala-gejala tersebut adalah seperti yang berikut :

  • Sukar Untuk Bernafas
  • Batuk
  • Kesakitan
  • Lesu
  • Sukar Untuk Tidur Nyenyak

Seramai 2,712 pesakit yang mengalami Long COVID telah dianalisis oleh COVID-19 Rehabilation Outpatient Specialized Services (CROSS). Mereka yang mengalami Long COVID ini terbahagi kepada tiga iaitu :

  • 984 orang yang berjaya pulih sepenuhnya
  • 1715 orang yang masih mengalami gejala-gelaja COVID-19
  • 13 orang meninggal dunia (Kematian pesakit juga disebabkan oleh faktor penyakit lain seperti kanser dan jangkitan kuman)

Antara tempoh bagi Long Covid ini adalah seperti yang berikut :

1. Ongoing Symptomatic COVID-19

Tempoh ini adalah selepas jangkitan virus tersebut dalam tempoh masa 4 sehingga 12 minggu. Gejala dalam tempoh ini adalah sama seperti dalam tempoh pesakit dijangkiti virus tersebut.

2. Post COVID-19 Syndrome

Gejala yang masih berterusan selepas 12 minggu dari tempoh dijangkiti dikenali sebagai Post COVID-19 Syndrome. Ia tidak dapat dipastikan lagi dengan mana-mana kajian atau diagnosis lain.

Baca Seterusnya : KKM Melaporkan Kes Pertama Subvarian Delta AY.4.2 COVID-19 Di Malaysia

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & World Health Organization (WHO)

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru