Saturday, December 4, 2021

Spotify Kini Menawarkan Pelan Langganan Premium Mini Dan Premium Untuk Pelajar

Spotify merupakan satu perkhidmatan langganan muzik paling popular di dunia yang menawarkan anda satu pengalaman untuk mengakses lebih 70 juta lagu popular kegemaran ramai.

Spotify juga mempunyai seramai 365 juta pengguna, termasuk 165 juta pelanggan Spotify Premium.

spotify premium

Anda bebas mendengar lagu tanpa iklan setiap masa anda mengakses akaun Spotify anda.

Jadi, berita baik untuk pengguna spotify yang bergelar pelajar, kini, anda juga boleh mendapatkan Spotify Premium di Malaysia.

Bayar RM7.50 sahaja untuk sebulan bagi pelajar untuk setiap akaun Premium Pelajar dan anda akan dapat mendengarkan banyak lagu-lagu menarik di aplikasi ini.

Selain itu, Spotify turut menawarkan pelan Spotify Premium Mini untuk RM0.75 sehari atau RM2.90 secara mingguan.

Kemudian, anda boleh muat turun muzik kegemaran anda di mana sahaja walaupun anda tidak mempunyai data internet. Spotify juga merupakan penstriman berkualiti memberikan pelanggan pengalaman muzik terbaik.

Baca Seterusnya : Jom Layan Filem-filem Seram Dan Thriller Di Sooka

Sumber: Sidang Media Spotify

 

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru