Saturday, December 4, 2021

KKM Sahkan Kes Penyakit Berjangkit Kolera Pertama Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)telah melaporkan kes penyakit berjangkit kolera pertama di Malaysia.

Menurut KKM, penyakit kolera tersebut telah dijangkiti oleh seorang wanita berusia 58 tahun di Selangor. Wanita tersebut pergi pusat kesihatan swasta pada hari yang sama kerana cirit birit yang teruk.

Sampel najis dianalisis oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan mendapati bahawa sampel najis tersebut mempunyai bakteria Vibrio Cholerae seogroup 01, serotype Ogawa.

Wanita yang dijangkiti penyakit Kolera tersebut telah sembuh dan semua kontak rapat serta pengendali makanan terlibat telah disaring bagi mengenal pasti punca kepada penyakit tersebut.

Di samping itu, punca kepada penyakit tersebut juga masih dalam siasatan KKM untuk tindakan yang lebih lanjut.

Bakteria Vibrio Cholerae merupakan sejenis penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan kematian kerana air yang tidak ditapis atau dimasak. Ia juga boleh dijangkiti kerana makan hidupan laut yang mentah seperti ketam, kerang dan udang yang mengandungi Chitin.

Rakyat Malaysia diingatkan oleh KKM untuk makan dan minum makanan yang dimasak sepenuhnya, menjaga kebersihan diri dan sering mencuci tangan untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit berjangkit Kolera tersebut.

Baca Seterusnya : Senarai Kit Ujian Kendiri COVID-19 Yang Diluluskan Oleh MDA Setakat 15 November 2021

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru