Saturday, December 4, 2021

KKM Melaporkan Kes Pertama Subvarian Delta AY.4.2 COVID-19 Di Malaysia

Pada 7 November 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan penemuan kes pertama COVID-19 subvarian Delta AY.4.2.

Kes pertama COVID-19 subvarian Delta AY.4.2 ini dikesan menerusi sampel daripada 2 orang pelajar Malaysia yang belajar di United Kingdom.

Kes melibatkan 2 orang pelajar tersebut sudah dikenal pasti sejak 2 Oktober 2021 tetapi negatif untuk keputusan ujian RT-PCR bagi sampel pertama.

Di samping itu, sampel kedua mendapati kedua-dua orang pelajar tersebut positif COVID-19 ketika menjalani kuarantin di Malaysia.

Seterusnya, hasil sampel tersebut dibawa untuk pengesanan genom penuh di UMBI-UKM dan disahkan bahawa sampel tersebut merupakan COVID-19 varian AY.4.2.

AY.4.2 juga dikenali sebagai varian “Delta Plus” dengan dua mutasi tambahan pada protein spike iaitu Y145H dan A222V.

Setakat ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan Subvarian Delta AY.4.2 COVID-19 telah dikesan sekurang-kurangnya di 42 buah negara.

Walaubagaimanapun penerima vaksin di negara ini tidak perlu bimbang kerana pihak KKM menyatakan bahawa vaksin yang digunakan di Malaysia seperti AstraZeneca, Sinovac dan Pfizer masih berkesan kepada varian ini.

Namun begitu, kepada mereka yang disahkan positif dengan varian ini masih perlu menjalani kuarantin, pengujian dan sebagainya untuk membantu mengurangkan risiko penularan.

Baca Seterusnya : KKM: Ivermectin Tidak Disyorkan Untuk Mengubati Penyakit COVID-19

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru