Saturday, December 4, 2021

KKM: Ivermectin Tidak Disyorkan Untuk Mengubati Penyakit COVID-19

Pada 3 November 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kepada rakyat Malaysia melalui kenyataan media bahawa Ivermectin tidak disyorkan dalam merawat penyakit COVID-19.

Hal ini disahkan melalui kajian yang telah dilakukan oleh I-TECH dan keputusan ini selari dengan kajian berskala besar di Argentina iaitu IVERCOR-COVID-19 dan TOGETHER dari Brazil.

 

Ia menunjukkan bahawa penggunaan Ivermectin sebagai rutin atau amalan klinikal rawatan COVID-19 adalah tidak membantu untuk menyembuhkan pesakit COVID-19 yang berada pada tahap yang teruk.

KKM menyatakan, data kajian dari I-TECH juga akan turut diterbitkan dalam jurnal peer-reviewed untuk memberi pengetahuan dan maklumat tambahan kepada kajian-kajian Ivermectin.

Oleh itu, Ivermectin tidak akan dimasukkan dalam garis panduan rawatan COVID-19 yang sedia ada.

Ivermectin adalah ubat anti-parasit yang diluluskan oleh FDA dan kebiasaannya digunakan untuk haiwan dan untuk merawat beberapa penyakit tropika termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases.

Sehingga kini, belum ada bukti yang betul-betul meyakinkan bagi mengesyorkan penggunaan Ivermectin untuk merawat dan mencegah COVID-19.

WHO setakat ini hanya mengesyorkan penggunaan Ivermectin dalam ujian klinikal, di mana pesakit perlu dipantau rapi oleh doktor pakar dan penyelidik yang berpengalaman untuk menjamin keselamatan dan keberkesanan sahaja.

Baca Seterusnya : Ini Kenyataan Rasmi KKM Berkenaan Produk Konfeksi Termasuk Biskut Popular Lain Di Malaysia

Sumber : KKM, MOH

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru