Saturday, December 4, 2021

Kerap Alami Sakit Tulang Belakang? Ikuti Tips Ini

Sakit belakang selalu terjadi terutama ketika usia semakin meningkat. Ia disebabkan oleh rangkaian otot dan ligamen di belakang badan cedera dan mengoyakkan tisu otot sehingga tidak mampu memegang tulang belakang.

Orang dewasa sering mengalami masalah sakit belakang sehingga sanggup menghabiskan banyak wang untuk membeli ubat sakit belakang.

Sebenarnya ada cara lain untuk mengatasi sakit belakang. Jadi, jom kita lihat penyelesaian kepada masalah sakit belakang.

1. Menjaga Postur Badan

Anda perlu duduk dalam keadaan yang betul dan tidak membongkok untuk membantu tulang belakang anda mengekalkan postur tegak.

Jadi seeloknya, anda perlu membiasakan diri untuk bersandar dengan tegak.

Selain itu, anda boleh meletakkan bantal lembut di belakang badan untuk mengatasi sakit tulang belakang dan punggung.

2. Tidur Dengan Posisi Yang Betul

Tidur juga mempunyai cara tersendiri supaya tulang belakang anda tidak sakit. Antara seperti :

  • Tidur secara mengiring dengan bantal yang diletakkan antara kedua-dua lutut
  • Baring dan letakkan bantal di bawah lutut
  • Tidur meniarap adalah salah dan mampu memberi tekanan pada belakang sehingga menyebabkan sakit belakang

3. Angkat Barang Dengan Postur Yang Betul

Anda perlu memastikan diri anda mengangkat barang dengan postur yang betul supaya tidak menyebabkan kecederaan kepada tulang belakang anda.

Sekiranya barang yang mahu diangkat berada dibawah, anda perlu duduk dan angkat barang tersebut. Maka, sakit tulang belakang dapat dielakkan daripada terjadi.

4. Melakukan Regangan BadanĀ 

Senaman dan regangan badan sememangnya baik untuk tubuh badan kita. Ia dapat membantu otot kembali kuat dan mengurangkan kesakitan pada badan.

Sakit belakang juga boleh hilang dengan teknik regangan yang betul. Antara seperti berikut :

  • Baring dan mengangkat separa badan ke atas
  • Angkat satu kaki dan silang bersama kaki yang lain selama 30 saat
  • Ulang teknik sama untuk kaki lain

Anda boleh lakukan teknik ini sebanyak 5 kali untuk membantu diri mengurangkan rasa sakit pada bahagian belakang badan.

5. Rawatan Fisoterapi

Rawatan fisioterapi merupakan rawatan untuk pemulihan fizikal pada anggota badan yang terlibat. Bagi masalah tulang belakang, anda boleh menggunakan rawatan seperti berikut :

  • Rawatan Haba
  • Rawatan Manipulasi Tisu
  • Rawatan Ultrasound dan TENS
  • Senaman Kekuatan Otot Belakang

Anda boleh merujuk klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang terbaik untuk masalah sakit tulang belakang anda.

Baca Sekarang : 7 Kelebihan Berjalan Kaki Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru