Friday, January 21, 2022

Kempen Derma Melalui Lagu ‘We Live To Give’ Oleh Diana Danielle, Shalma Aina, Athalia Bersama Simon Webbe Dan Asyraf Nasir

Pada 15 Oktober 2021 jam 8 malam, Universal Music Malaysia telah melancarkan video muzik nyanyian Diana Danielle, Shalma Aina, Athalia dengan penyanyi, penulis lirik dan pelakon Britain iaitu Simon Webbe dan Asyraf Nasir yang bertajuk ‘We Live To Give’.

Universal Music Malaysia telah berkoloborasi dengan The Giving Bank untuk menyeru rakyat Malaysia menderma bagi membantu mereka yang memerlukan.

Video muzik ini menunjukkan mesej kebersamaan dengan orang-orang yang disayangi di saat susah senang bersama.

Konsep yang diilhamkan oleh para seniman tersebut menceritakan tentang cara mereka memilih untuk terus berjalan ke hadapan untuk mencapai masa depan yang cerah walaupun pelbagai dugaan yang dihadapi.

Pengarah video muzik ini berharap agar lagu ‘We Live To Give’ tersebut dapat memberi inspirasi kepada masyarakat dan mampu mendorong rakyat Malaysia untuk berusaha sedaya upaya bagi membantu mereka yang memerlukan.

Mereka juga berharap agar keprihatinan daripada rakyat Malaysia dapat membantu masyarakat yang memerlukan dengan menderma untuk kempen ‘Laptops For All’.

Kempen tersebut bertujuan untuk membelikan komputer riba kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pembelajaran dengan lebih baik. Kerjasama bersama HITZ FM setakat ini telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM 22,000 .

Anda boleh turut menderma dengan mengetik pautan di bawah :

Derma untuk The Giving Bank Derma untuk ‘Laptops For All’

Muat Turun Press Kit Dengarkan lagu ‘We Live To Give’

Follow The Giving Bank untuk info lebih lanjut

Baca Seterusnya : Ariana Grande, Bermula Dari Teater Muzikal Sebelum Menjadi Bintang Pop Amerika

Sumber : Sidang Media Universal Music Malaysia

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru