Saturday, December 4, 2021

JPJ Mengingatkan Orang Ramai Segera Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor Dan Lesen Memandu

Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) telah memberikan peringatan mesra kepada orang ramai supaya segera memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) jika sudah tamat tempoh.

Anda semua diingatkan untuk membuat pembaruan lesen tersebut secepat mungkin sebelum 31 Disember 2021.

Laksanakan tanggungjawab anda secepat mungkin supaya tidak mengalami sebarang tindakan undang-undang terhadap anda.

Selain memperbaharui lesen kenderaan motor dan lesen memandu di pejabat JPJ, pejabat Pos Malaysia, dan Puspakom, anda juga boleh melakukannya secara atas talian seperti melalui laman sesawang myeg.

Sebelum ini tarikh akhir memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu adalah pada 30 September 2021 lalu.

Tetapi Kementerian Pengangkutan memutuskan untuk memberi pelanjutan tempoh tersebut sehingga 31 Disember 2021 selepas menerima maklum balas dan kesukaran orang ramai dalam menggunakan perkhidmatan agensi di bawahnya.

Baca Seterusnya : Anda Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang Jika Memasang Lampu Putih HID Pada Kenderaan Anda

Sumber : JPJ

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru