Friday, January 21, 2022

Jom Layan Filem-filem Seram Dan Thriller Di Sooka

Sooka merupakan Platform penstriman hiburan yang anda boleh tonton di aplikasi tersebut.

Kini, Sooka juga boleh distrim oleh rakyat Malaysia dengan percuma dan dibayar hanya untuk filem-filem dengan pelan VIP yang berpatutan.

Kini, Sooka menyediakan kandungan filem seram dan thriller dengan kempen Horrorscope seperti Gantung The Series, Munafik 1 dan 2, 3am Bangkok Ghost Stories, Malaysian Ghost Stories, Saka Nan Sepi, Hometown, Catch The Ghost, Hotel Del Luna dan banyak lagi!

Sooka juga akan menyediakan banyak kisah-kisah hantu tempatan untuk tontonan anda semua! Anda boleh dapatkan pelan VIP pada harga RM15.90 sahaja.

Satu pertandingan juga akan diadakan oleh Sooka untuk kempen Horrorscope kepada penonton iaitu Pertandingan Detik 12 malam.

Anda hanya perlu berkongsi cerita seram yang terbaik untuk berpeluang untuk memenangi dua tiket Hauntu atau rumah hantu yang pertama di Kuala Lumpur.

Hantar sahaja cerita hantu terbaik anda di ruangan komen hantaran Instagram sooka untuk ‘Detik 12 Malam’ pada 18 Oktober 2021 hingga 30 Oktober 2021.

Pemenang akan diumumkan oleh Keanu Azman pada 3 November 2021 jam 430 petang.

Jangan lepaskan peluang ini, siapa tahu anda yang bertuah tersebut! Hanya 12 orang pemenang sahaja yang akan dipilih.

Sooka juga akan mengadakan satu sesi live di Instagram bersama Emarina Kamal dan Nadia Khan iaitu penulis novel Gantung serta seorang pengarah filem Shamyl Othman untuk berkongsi pengalaman mereka hanya pada jam 430 petang, jumaat 29 Oktober 2021.

Apa tunggu lagi? Muat turun aplikasi Sooka dan langgan pelan VIP daripada mereka!

Baca Seterusnya : Filem ‘Lightyear’ Dari Watak Toy Story Akan Ditayangkan Pada Tahun 2022

Sumber : Sidang Media Sooka

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru