Saturday, December 4, 2021

Istilah Popular Bahasa Inggeris Yang Pasti Anda Tidak Tahu Istilahnya Dalam Bahasa Melayu Bahagian 3

Selepas artikel Perkataan Popular Bahasa Inggeris Yang Pasti Anda Tidak Tahu Istilahnya Dalam Bahasa Melayu Bahagian 1 dan Bahagian 2 , kini Wiser Plus kembali dengan ilmu pengetahuan tanpa had mengenai istilah bahasa Melayu untuk anda semua.

Selepas 10 istilah bahasa Melayu yang sudah anda ketahui, sekarang jom kita lihat pula 5 lagi Istilah Popular Bahasa Inggeris Yang Pasti Anda Tidak Tahu Istilahnya Dalam Bahasa Melayu Bahagian 3.

1. Terjun Lelabah (Bungee Jumping)

Peminat aktiviti lasak semestinya tahu tentang ‘Bungee Jumping‘ kerana ia merupakan antara aktiviti lasak yang menjadi kegemaran peminat aktiviti lasak.

Bungee Jumping’ juga mempunyai padanan istilah bahasa Melayu iaitu ‘Terjun Lelabah’.

Aktiviti ‘Terjun Lelabah’ ini merupakan aktiviti terjun daripada tempat yang tinggi seperti terjun dari puncak bukit, helikopter dan belon udara.

Jadi, kalau anda peminat sukan lasak tersebut, gunakan istilah bahasa Melayu untuk ‘Terjun Lelabah’  dalam komunikasi selepas ini.

2. Penulisan Iklan (Copy Writing)

Selalu kita dengar orang sebut ‘Copy Writing‘ tapi tahukah anda ‘Copy Writing‘ ini sebenarnya mempunyai istilah dalam bahasa Melayu iaitu ‘Penulisan Iklan’.

‘Penulisan Iklan’ merupakan perbuatan menulis bagi tujuan pengiklanan sesuatu produk, pandangan atau idea. Ia juga bertujuan untuk mempengaruhi pembaca supaya tertarik dengan teks yang ditulis.

Jarang kita dengar orang sebut ‘Penulisan Iklan’ kan? Selalu orang akan sebut atau tulis ‘Copy Writing‘ untuk berkomunikasi secara lisan dan tulisan.

Sekarang, anda sudah tahu istilah dalam bahasa Melayu bagi ‘Copy Writing‘, bolehlah anda mula menggunakannya.

3. Cetak Skrin (Print Screen)

Rasanya ini perkataan yang sering digunakan oleh semua orang zaman sekarang di Malaysia. Maklumlah, teknologi semakin berkembang maju jadi banyak lah penggunaan gajet dalam kehidupan seharian.

Bagi pekerja dan pelajar, sudah pasti mereka antara yang utama selalu menyebut perkataan ‘Print Screen‘ ketika menggunakan komputer.

Kebiasaan pengguanaan istilah bahasa Inggeris itu boleh diubah selepas anda mengetahui istilah bahasa Melayunya iaitu ‘Cetak Skrin’.

4. Lekafon (Phubbing)

Phubbing‘ atau istilah bahasa Melayunya iaitu ‘Lekafon’ merupakan satu perbuatan manusia yang leka dengan telefon ketika keluar bersama dengan rakan atau keluarga. Perbuatan ini merupakan perbuatan yang tidak sopan untuk dilakukan ketika keluar bersama rakan dan keluarga.

Walaubagaimanapun, istilah ‘Lekafon’ ini jarang digunakan atau diketahui umum untuk digunakan sebagai kebiasaan dalam komunikasi.

5. Tapak Sesawang/Tapak Web (Website)

Website juga merupakan perkataan yang sering disebut oleh semua orang di Malaysia tanpa mengetahui istilahnya dalam bahasa Melayu.

Istilah dalam bahasa Melayu ialah ‘Tapak Sesawang atau Tapak Web’.

Tapak Sesawang merupakan satu koleksi halaman web dan kandungan berkaitan yang dikenal pasti oleh nama tertentu dan diterbitkan untuk umum.

Bagi merealisasikan impian untuk menggunakan istilah bahasa Melayu untuk semua perkataan popular bahasa Inggeris ini, semua orang perlu bekerjasama dan membiasakan dalam menyebut istilah-istilah tersebut.

Oleh itu, generasi yang akan datang serta orang sekeliling anda akan terikut-ikut menggunakannya dengan memahami maknanya sekali.

Baca Seterusnya : Istilah Popular Bahasa Inggeris Yang Pasti Anda Tidak Tahu Istilahnya Dalam Bahasa Melayu Bahagian 2

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru