Saturday, December 4, 2021

Ingatkan Spesis Dinosaur Lama, Rupanya Spesis Dinosaur Baru

Saintis mengesahkan penemuan spesis dinosaur baru yang dinamakan sebagai Brighstoneus Simmondsi di Isle of Wight setelah beberapa dekad ditemui iaitu pada tahun 1978.

Tulang Brigtstoneus yang dtemui pada 1978

Spesis dinosaur baru tersebut dinamakan sebagai Brighstoneus Simmondsi kerana penemuan tulang dinosaur tersebut yang berdekatan dengan sebuah bandar bernama Brighstone. Simmondsi pula diambil nama sempena pengumpul amatur yang menemui spesimen dinosaur ini iaitu Keith Simmonds.

Menurut Jeremy Lockwood, pelajar kedoktoran di Muzium Sejarah Alam London dan Universiti Portsmouth di United Kingdom, Brighstoneus Simmondsi mempunyai kaitan dengan dinosaur Iguanodon sehingga pada awalnya mereka keliru dengan kedua-dua spesimen tersebut.

Mereka tidak menyangka kedua-dua spesimen yang ditemui bukan datang dari spesis yang sama. Hal ini disebabkan oleh bentuk hidung yang berbeza bagi kedua-dua spesimen tersebut. Sebelum penemuan ini, saintis juga telah menemukan banyak jenis tulang daripada spesis Iguanodon seperti Mantellisaurus atherfieldensis dan Iguanodon bernissartensis.

Dinosaur Brighstoneus Simmondsi ini mempunyai hidung yang bulat manakala dinosaur Iguanodon mempunyai hidung yang lurus dan rata.

Brighstoneus Simmondsi juga mempunyai lebih banyak gigi untuk mengunyah. Hal ini mungkin disebabkan oleh tumbuhan yang terdapat pada zaman purba keras seperti tumbuhan paku pakis dan pine needles.

Saintis menganggarkan bahawa Brighstoneus Simmondsi ini berukuran kira-kira 26 kaki seberat 1000 kilogram.

Kini, spesimen dinosaur baru ini telah disimpan untuk kajian selanjutnya di Muzium Dinosaur Isle di Sandown, Isle of Wight.

Baca Seterusnya : Saintis Ramal Peningkatan Paras Air Laut Sebanyak Dua Meter Pada Masa Hadapan

Sumber : CNN World, BBC

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru