Friday, January 21, 2022

Ingatkan Beli Lukisan Biasa, Tapi Rupa-Rupanya…

Seorang lelaki secara tidak sengaja telah membeli sebuah lukisan hasil karya asli Albrecht Dürer (A.D), pelukis zaman Renaissance hanya pada harga £22 atau RM123.19 sahaja.

Walhal harga sebenar lukisan tersebut adalah dianggarkan bernilai sekitar £37 juta.

Lelaki yang tidak mahu dikenali itu telah membeli lukisan tersebut dari sebuah keluarga arkitek bernama Jean Paul Carlhian di Massachusetts. Menurut keluarga tersebut, lukisan itu telah diberikan kepada ahli keluarga mereka secara turun temurun.

Menurut lelaki yang membeli lukisan itu, dia tidak menyangka lukisan ini bernilai daripada jumlah wang yang digunakannya untuk membeli lukisan tersebut.

Lelaki itu menyatakan, dia sangat tertarik lukisan tersebut apabila melihatnya kerana ia kelihatan cantik dengan linen kuning.

Setelah dinilai oleh pengkritik dan pakar seni, lukisan tersebut disahkan adalah milik A.D dan ia merupakan sesuatu yang mengejutkan.

Lukisan tersebut dihasilkan dengan menggunakan kertas yang mempunyai tera air di atas kertas untuk lebih daripada 200 helai kertas lukisan yang digunakan oleh artis.

A.D merupakan seorang pelukis, ahli matematik dan pengukir Jerman pada zaman Renaissance dan mempunyai pengaruh yang besar di Eropah kerana cetakan kayunya yang berkualiti tinggi ketika beliau masih berumur 20-an lagi.

Albrecht Dürer.

Artis Itali utama pada zaman tersebut seperti Raphael, Giovanni Bellini, dan Leonardo da Vinci yang  telah diperintah oleh Maharaja Maximilian I pada tahun 1512 juga berhubung dengan Albrecht Dürer.

Baca Sekarang : Mesej Tersembunyi Di Sebalik Lukisan ‘The Scream’ Oleh Edvard Munch

Sumber : Mirror

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru