Saturday, December 4, 2021

IKEA Hadir Dengan Menu Makanan Baru Bertemakan Arang

IKEA merupakan tempat popular untuk membeli perabot bagi memenuhi ciri-ciri rumah idaman anda. Selain itu, IKEA juga terkenal dengan menu makanan yang digemari ramai iaitu Sweden Meatball yang hanya boleh didapati di IKEA sahaja.

Kini, IKEA telah memperkenal dua menu baru berasaskan arang untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.

1. Sosej Ayam Arang

Kredit Gambar : IKEA Cheras Fans Club

Menu makanan baru daripada IKEA ini sudah tular dan menjadi bualan rakyat Malaysia di sosial media.

Ramai yang tertarik untuk pergi dan merasa sendiri sosej hitam tersebut, malah bukan sosej sahaja yang berwarna hitam tetapi roti yang diapit bersama sosej tersebut juga berwarna hitam.

2. Aiskrim Lembut Arang

Kredit Gambar : IKEA Cheras Fans Club

IKEA juga mengeluarkan menu makanan baharu iaitu aiskrim lembut arang. Untuk kedua-dua menu baru IKEA ini yang ditawarkan dalam versi kombo hanyalah berharga RM5.50 sahaja.

Jadi apa tunggu lagi, kalau anda tinggal atau bekerja berdekatan IKEA, bolehlah singgah dan mencuba menu terbaru daripada IKEA ini sementara ia ditawarkan dalam masa terhad ini.

Baca Seterusnya : Jom Pakat Serbu Makanan Vegetarian Di IKEA Sekarang!

Sumber : IKEA Cheras Fans Club

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru