Friday, January 21, 2022

Grab Malaysia Bersama Ujang Mencipta Komik Berkisarkan Kisah Pemandu Dan Penghantar Grab

Grab telah mengumumkan inisiatif ‘Grab Lejen’ bagi meraikan rakan-rakan pemandu dan penghantar yang selama ini menjadi gagasan mantap dalam memastikan kesejahteraan masyarakat.

Grab Lejen merupakan kempen penghargaan tahunan yang dijalankan selama sebulan  memaparkan kisah-kisah yang diilhamkan daripada rakan pemandu dan penghantar Grab dalam bentuk komik berdasarkan kisah benar.

Pelancaran Grab Lejen ini merupakan sebahagian daripada Festival Rakan Grab. Sebagai memulakan kempen Grab Lejen, Grab dengan bangga memperkenal filem jenama Grab, yang menayangkan kompilasi kisah-kisah hebat sepanjang tahun ini: GRAB LEJEN LAHIR DARI KESUNGGUHAN.

Grab juga memaklumkan bahawa mereka telah menjalin kerjasama dengan kartunis terulung negara, Ujang, yang mencipta siri komik berilhamkan kisah-kisah benar yang terbaik dikongsi secara meluas di kalangan warga Malaysia mengenai rakan pemandu dan penghantar yang telah menabur bakti melampaui tugasan masing-masing.

Penceritaan komik ini akan dibawa langsung menerusi acara livestream mingguan sepanjang bulan dan turut memapar rakan pemandu dan penghantar yang menerima ganjaran eksklusif daripada Grab sebagai tanda penghargaan.

Anda boleh melihat penceritaan tersebut melalui livestream mingguan yang akan dilaksanakan. Klik di sini untuk melihat dengan lebih lanjut mengenai komik Grab Lejen.

Baca Sekarang : Diskaun RM10 ‘Cuti-Cuti Malaysia Bersama KTMB’ Dilanjutkan Sehingga Hujung Tahun Ini

Sumber : Sidang Media Grab

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru