Friday, January 21, 2022

Gambar “Close-Up” Tikus Menobatkan Remaja 16 Tahun Menang Anugerah Jurugambar Close-Up Muda Terbaik 2021

Semua orang boleh menangkap gambar tetapi sebenarnya ia tidak semudah yang disangka. Walaubagaimanapun, Jurugambar Close-Up Muda Terbaik Tahun ini iaitu Ezre Boulton mampu menangkap gambar Close-Up yang cantik.

Imej yang menjadikan pemenang anugerah Jurugambar Close-Up Muda Terbaik Tahun Ini tersebut merupakan imej seekor tikus yang mengintai keluar daripada roda tayar kereta yang ditinggalkan berhampiran dengan rumahnya.

Ezra turut menyatakan bahawa dia menyukai gambar tersebut kerana mata tikus yang terserlah seperti manik melihat di luar roda tayar kereta tersebut.

Pertandingan Close-up Photographer Of The Year yang diasaskan oleh Tracy dan Dan Calder merupakan pertandingan fotografi tahunan yang bertujuan untuk menggalakkan jurugambar seluruh dunia untuk menyerlahkan bakat mereka.

Seramai 9,000 penyertaan daripada 55 buah negara pada tahun ini telah diterima oleh mereka.

Mereka membahagikan pertandingan tersebut kepada 9 kategori iaitu kategori Haiwan, Serangga, Tumbuhan dan Kulat, Lanskap Intim, Bawah Air, Rama-Rama dan Serangga, Buatan Manusia, Mikro dan Jurugambar Close Up Muda Terbaik Tahun Ini.

Hadiah utama merupakan wang tunai berjumlah USD3430 dan trofi Jurugambar Close-Up Muda Terbaik Tahun Ini.

Bagi jurugambar kategori utama pula telah dimenangi oleh Pal Hermansen dengan imej serangga yang berada dalam lampu rosak di sebelah rumahnya.

Baca Seterusnya : Pengarah Fotografi Maut Selepas Berlaku Insiden Tembakan Tidak Sengaja Di Set Penggambaran Filem ‘Rust’

Sumber 1, Sumber 2

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru