Saturday, December 4, 2021

Filem-filem Fiksyen Sains Menarik Untuk Ditonton Di Netflix

Anda suka filem fiksyen sains? Kali ini, kembali lagi dengan senarai filem-filem fiksyen sains yang menarik untuk ditonton di Netflix.

  1. Independence Day: Resurgence (2016)

Barisan Pelakon: Liam Hemsworth, Jeff Goldblum, Bill Pullman dan Judd Hirsch

Pengarah: Roland Emmerich

Filem bergenre fiksyen sains ini merupakan sekuel filem Independence Day tahun 1996. Kisah ini menceritakan tentang alien yang turun menjajah Bumi dengan senjata yang hebat. Banyak penduduk Bumi terkorban dan tidak mampu untuk melawan.

Watak utama, Jake Morrison bangun untuk melawan semula alien durjana. Dia melakukan pelbagai cara dan strategi. Walaupun genre filem ini fiksyen sains, ia memaparkan kasih sayang antara ahli keluarga, semangat setia kawan dan pengorbanan.

Pautan Filem: Netflix – Independence Day- Resurgence

2. Maze Runner: The Scorch Trials (2015)

Barisan Pelakon: Dylan O’Brien, Kaya Scodelario, Thomas Brodie Sangster dan Lee Ki hong.

Pengarah: Wes Ball

Maze Runner mengisahkan tentang pengembaraan sekumpulan remaja iaitu Thomas, Minho, Newt dan yang lain. Mereka dalam misi menyelamatkan diri dari menjadi bahan uji kaji WCKD. Sepanjang tempoh percubaan untuk melarikan diri, pelbagai halangan dan cabaran dihadapi oleh mereka.

Meskipun telah berjaya keluar dari ‘kandang’ WCKD, ia tidak terhenti di situ sahaja. Mereka perlu menyelamatkan diri daripada zombie. Dunia luar menjadi sangat mengerikan dan lebih terancam dari apa yang dibayangkan.

Pautan Filem: Netflix – Maze Runner: The Scorch Trials

3. Ready Player One (2018)

Barisan Pelakon: Tye Sheridan, Olivia Cooke dan Ben Mendelsohn 

Pengarah: Steven Spielberg

Ready Player One diadaptasi oleh novel karya Ernest Cline. Berlatarkan tahun 2045, filem ini mengisahkan tentang Wade Watts. Remaja ini hidup di zaman pemanasan global dan ekonomi yang merundum.

Wade bermain dalam dunia virtual realiti OASIS. Nama avatarnya, Perzival dan rakan-rakannya berusaha memecahkan misteri Easter Egg yang disembunyikan oleh pencipta OASIS. Pemenang akan dapat menjadi pewaris OASIS yang seterusnya.

Pautan Filem: Netflix – Ready Player One

4. Bumblebee (2018)

Barisan Pelakon:  Hailee Steinfeld, Peter Cullen, John Cena dan Dylan O’Brien

Pengarah: Travis Knight

Bumblebee merupakan filem spin-off dari Transformers. Ia mengisahkan tentang persahabatan antara manusia dan robot.

Bumblebee, robot planet Cybertron turut digelar B-127. Dia ditugaskan membuat markas untuk Autobots di planet Bumi. Mesin B-127 tak berfungsi selepas bertarung dengan agen sektor 7. Berlatarkan zaman 1987, dia menyamar sebagai kereta VW Bettle.

Charlie tertarik melihat VW Beetle semasa melawat tempat penjualan barang terpakai. Dia menginginkan sebuah kereta untuk hari jadinya yang ke-18.

Pautan Filem: Netflix – Bumblebee

5. The 5th Waze (2016)

Barisan Pelakon: Chloe Grace Moretz, Liev Schreiber, Nick Robinson dan Alex Roe

Pengarah: J Blakeson

Untuk peminat cerita alien, The 5th Wave adalah filem yang wajib ditonton. Ia dibintangi oleh Chloe Grace Moretz yang berlakon sebagai Cassie Sullivan.

Planet bumi diserang oleh lima alien. Cassie terpisah dengan adiknya dan kehilangan ibu bapa. Cassie dalam misi mencari adiknya dan cuba sedaya upaya bertahan untuk hidup.

Filem ini sangat menarik untuk ditonton kerana diselitkan dengan aksi yang mendebarkan.

Pautan Filem: Netflix – The 5th Wave

Baca seterusnya: Senarai Filem Sedih & Menyayat Hati Yang Harus Ditonton: Bahagian 2

ARTIKEL BERKAITAN

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru