Friday, January 21, 2022

Fenomena Gerhana Bulan Penumbra Akan Berlaku Pada Minggu Ini

Fenomena Gerhana Bulan pada tahun ini berlaku sebanyak 2 kali termasuk fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang bakal berlaku pada bulan ini. Ia merupakan gerhana bulan paling lama pada abad ini.

Pada bulan Mac 2021 yang lepas, Gerhana Bulan Penuh Flower Blood Moon sudah dapat disaksikan di Malaysia dengan mata kasar.

Walaubagaimanapun, fenomena Gerhana Bulan Penumbra tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana bayang penumbra tidak segelap bayang umbra bumi.

Penumbra bermaksud kawasan luar yang bercahaya mengelilingi bayang-bayang bulan semasa gerhana bulan berlaku.

Fenomena Gerhana Bulan Penumbra ini dijangka akan berlaku pada hari jumaat, 19 November 2021 jam 6.58 petang hingga 8.03 malam waktu Malaysia.

National Aeronautics and Space Administration (NASA) juga memaklumkan bahawa Gerhana Bulan Separa ini akan berlangsung selama 3 jam 28 minit.

Jika anda bersedih kerana tidak dapat meilhat gerhana bulan ini, jangan risau kerana NASA telah menyenaraikan gerhana bulan yang akan datang di pautan ini. Jadi boleh anda bersedia untuk melihat gerhana bulan yang seterusnya.

Baca Sekarang : Saintis Ramalkan 85% Populasi Dunia Akan Terkesan Akibat Perubahan Iklim Bumi

Sumber 1 , Sumber 2 & Sumber 3

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru