Saturday, December 4, 2021

Eco Shop Malaysia Terpaksa Menaikkan Harga Jualan Barangannya Bermula Disember Ini

Eco Shop Malaysia telah mengumumkan peningkatan harga sebanyak RM0.10 bermula 1 Disember 2021.

Menjadikan harga semua barangan di Eco Shop Malaysia akan berharga RM2.20 di semenanjung Malaysia kecuali Pulau Langkawi dengan harga RM2.40 sama seperti Sabah dan Sarawak.

Notis pembaharuan harga telah disebarkan melalui facebook eco-shop Malaysia.

Eco Shop Malaysia memaklumkan, peningkatan harga tersebut terpaksa dibuat disebabkan kos barangan semakin meningkat dan pada masa yang sama mereka perlu memegang pada prinsip utama syarikat iaitu menawarkan barangan yang berkualiti.

Eco Shop merupakan sebuah kedai menjual barangan yang popular di Malaysia.

Pelbagai jenis barangan keperluan yang dijual di Eco Shop Malaysia seperti barangan makanan, minuman, perkakasan kereta dan rumah serta banyak lagi.

Anda boleh beli semua barangan yang anda mahukan hanya dalam satu kedai sahaja iaitu Eco Shop Malaysia.

Pihak Eco Shop Malaysia juga mengharapkan semua pelanggan setia mereka masih memberi sepenuh sokongan kepada jenama Eco Shop Malaysia.

Baca Sekarang : Kajian Mendapati Mandi Air Panas Memberikan Banyak Manfaat Kepada Kesihatan

Sumber : Eco Shop Malaysia

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru