Friday, January 21, 2022

Dibunuh Oleh Anjing Sendiri, Antara Kes Kematian Mengejut Yang Tak Patut Terjadi

Setiap kehidupan manusia pastinya berakhir dengan kematian. Ada yang berpunca dari kemalangan, penyakit, pembunuhan, dan ada juga secara mengejut. Kes kematian mengejut pula ada yang berpunca dari perkara atau kecuaian yang boleh dielakkan.

Berikut adalah antara tiga kisah kematian mengejut yang tidak sepatutnya terjadi.

1. Keeno Butler, 41 Tahun

kematian mengejut

Keeno Butler mati kerana dihempap oleh kekasihnya yang seberat 136kg manakala Keeno hanyalah 54kg. Walaupun punca pergaduhan mereka tidak dijelaskan tetapi teman wanitanya Windi Thomas dilaporkan sedang mabuk juga telah mengelar tangan Keeno Butler dengan pisau dan memukulnya dengan kaki meja.

Teman wanitanya telah menghubungi pihak berkuasa dan memberitahu bahawa dia telah membunuh Keeno. Keputusan bedah siasat kemudian menunjukkan kematian Keeno disebabkan tekanan pada leher sehingga kepala mangsa.

Sejurus dari itu, teman wanita Keeno telah ditahan dan dikenakan hukuman penjara selama 36 tahun atas kesalahan membunuh.

2. Derek Mead, 70 Tahun

Derek Mead, seorang peladang yang berjaya dan mempunyai ladang seluas 1600 ekar di Somerset Utara dilanggar oleh trak forklift yang dipandu oleh anjingnya sehingga mati.

Kejadian tragik itu disedari oleh anaknya yang menjumpai kaki ayahnya di hadapan kenderaan tersebut dan melihat anjingnya berada di situ.

kematian mengejut

Menurut anaknya, Derek telah membawa anjingnya ke ladang menaiki forklift tersebut. Derek kemudian turun sebentar meninggalkan anjingnya dalam trak yang masih tidak dimatikan enjin. Menyedari ketiadaan tuannya, dipercayai anjingnya mencari-cari sambil melompat sehingga tertekan atau terpijak pemacu trak tersebut.

Derek yang berada di hadapan trak ketika itu malangnya dilanggar oleh trak tersebut sehinggalah ke paras dadanya sehingga mati.

3. April Walters, 46 Tahun

Seorang wanita telah meninggal dunia selepas mencabut 16 batang gigi di tempat letak kereta di sebuah pusat penjagaan gigi.

April, merupakan seorang pesakit yang bergantung dengan tangki oksigen akibat beberapa penyakit termasuk diabetes dan lain-lain lagi penyakit kronik.

Sewaktu kadar degupan jantungnya masih pada paras 130, pembantu doktor gigi menasihati April untuk tunggu sehingga kadar degupan jantungnya turun dahulu tetapi doktor gigi tersebut tetap meneruskan pembedahannya.

kematian mengejut

Selepas gigi yang ke 16, doktor gigi tersebut menyuruh adik April membawanya terus ke hospital, namun semasa mereka berjalan ke kereta, April telah jatuh dan tidak boleh bernafas. Adiknya juga mendakwa bahawa tiada rawatan CPR yang dilakukan oleh pihak klinik tersebut dan hanya menggosok dada April sahaja. April meninggal dunia sebaik sahaja diambil oleh ambulans.

Baca lagi: Awalnya Rakan Baik, Paus Ini Akhirnya Membunuh Jurulatih Sendiri, Dawn Brancheau

Sumber 1 & Sumber 2

ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru