Saturday, December 4, 2021

Dengarkan Lagu Tema Acara 515 eParty MLBB Yang Dilancarkan Di JOOX

Mobile Legends Bang Bang (MLBB), permainan MOBA terkenal yang dikeluarkan oleh Moonton, telah melancarkan lagu berjudul ‘Together‘ yang merupakan runut bunyi aktiviti 515 eParty tahun ini. Selaku rakan muzik rasmi, JOOX, menyajikan runut bunyi asli dan senarai main eksklusif dari program 515 eParty. Lagu tema 515 eParty ‘Together’ juga akan dikeluarkan dalam versi Bahasa Malaysia, khusus untuk semua pengguna MLBB di Malaysia.

MLBB 515 eParty adalah salah satu acara tahunan terbesar MLBB di mana banyak kejutan ditawarkan untuk semua penggunanya, termasuk penyampaian lagu ‘Together’ yang mana akan menambahkan keseronokan dalam acara ini.

mlbb 515

Lagu ini dipersembahkan oleh S.T.U.N., kumpulan muzik maya pertama di Lawn of Dawn, yang terdiri daripada 3 karakter ikonik MLBB, iaitu Chou, Brody, dan Selena. Debut S.T.U.N. sendiri diumumkan buat pertama kalinya pada 27 April 2021.

MLBB dan JOOX hadir dengan 3 senarai main yang direka mengikut watak ikonik MLBB, iaitu Chou, Brody, dan Selena. Lagu dari pelbagai genre seperti Pop, Rock, dan Elektronik direka berdasarkan perwatakan setiap karakter yang berkuasa dan mempunyai perbezaan kemahiran seni mempertahankan diri.

Ketiga-tiga senarai main ini boleh dimainkan di JOOX bermula 3 Mei 2021. Selain dapat menikmati senarai main 515 eParty di JOOX, terdapat banyak tawaran lain yang terdapat di platform ini. Salah satunya adalah Mission Page di mana pengguna JOOX dan MLBB berpeluang mendapatkan pelbagai item dalam permainan MLBB.

Pengguna hanya perlu pergi ke halaman Tasks & Rewards untuk mendapatkan ganjaran dalam bentuk item dalam permainan MLBB. Mission Page ini sendiri akan tersedia mulai 17 Mei 2021. Lebih menarik lagi, dalam tempoh 1-31 Mei 2021, pengguna MLBB dan JOOX boleh memasukkan kod “MLBBJOOXMY” pada aplikasi JOOX untuk mendapatkan JOOX VIP percuma selama 3 hari!

Dengarkan senarai main 515 eParty di JOOX sambil bermain MLBB bersama rakan anda sekarang!

Sumber: Siaran akhbar JOOX

Baca seterusnya: Hanya Kerana Sebuah Peperiksaan, Segala Aktiviti Dihentikan Seketika Di Korea Selatan

ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru