Wednesday, August 17, 2022

Bermula Tarikh Hari Ini Adalah Hari Batik Malaysia Untuk Setiap Tahun

Pada 1 Disember 2021, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa 3 Disember sebagai Hari Batik Malaysia.

Sambutan Hari Batik Malaysia yang bermula dari hari ini dan ini akan disambut pada setiap tahun adalah sebagai tanda sokongan kerajaan terhadap industri kraf batik tempatan.

Tarikh 3 Disember telah dipilih hasil persetujuan jemaah menteri sebagai tanda penghormatan terhadap Allahyarhamah Tun Endon Mahmood, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Allahyarham Tun Endon Mahmood sememangnya diketahui umum sebagai tokoh yang mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap industri batik serta bertanggungjawab memulakan gerakan yang dikenali sebagai Malaysian Batik Crafted For The World.

Gerakan tersebut ditubuhkan untuk memajukan industri batik sehingga ke peringkat antarabangsa.

Hari Batik Malaysia ini turut dijayakan oleh Kementerian Pelancongan dan Budaya (MOTAC).

Selain itu, Perdana Menteri juga menetapkan hari Khamis sebagai hari untuk memakai batik Malaysia bagi semua penjawat awam, rakyat Malaysia termasuk ahli parlimen bagi memberi sokongan terhadap industri kraf batik.

Baca Seterusnya : Rasmi, Malaysia Kini Miliki Bangunan Kedua Tertinggi Di Dunia Terbaharu

Sumber : Bernama

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru