Friday, January 21, 2022

Berapa Banyak Data Internet Dijana Dalam Masa Satu Minit Di Platfom-Platfom Media Sosial?

Internet pernah tidur ke? Sering kali kita melihat setiap orang akan mempunyai masa dengan internet hampir sejam hingga ke lima jam sehari bergantung kepada masa yang terluang bagi setap orang.

Jadi, internet pernah tidur ke?

Setiap 60 saat atau 1 minit, aktiviti internet di seluruh dunia akan terjadi seperti hantaran, siaran, carian dan wang yang dibelanjakan oleh manusia di seluruh dunia. Semua perkara boleh dilakukan secara dalam talian.

Carta Data Never Sleeps 2021 edisi ke-9 yang dikeluarkan oleh Domo menunjukkan perubahan besar dari tahun 2019 sehingga tahun 2021 untuk penggunaan internet.

Sebagai contoh, pengguna Instagram memuat naik gambar mereka di Instagram sebanyak 65000 gambar seminit. Berbanding tahun 2019 dahulu, pengguna Instagram hanya memuat naik gambar sebanyak 55140 dalam masa seminit.

Selain itu, Googgle juga tidak ketinggalan mempunyai peningkatan carian pada laman web mereka iaitu 5.7 juta carian dalam masa seminit.

Walaubagaimanapu berbeza sedikit pada platfom penstriman video Netflix. Menurut Domo,  pengguna Netflix yang menggunakan platfom tersebut pada tahun 2020 adalah hanya sejumlah 452,000 jam tontonan sahaja dalam seminit.

Ia sedikit kurang berbanding pada tahun 2019 dahulu iaitu sejumlah 694,444 jam tontonan dalam seminit. Ia menunjukkan penurunan walaupun pelanggan Netflix meningkat pada setiap tahun.

 

Internet tidak pernah tidur! Seluruh dunia menggunakan internet bersilih ganti dengan pelbagai perkara menarik untuk dicari, dimain, digunakan sama ada untuk diri sendiri atau bersama dengan orang lain.

Semua laman web dan aplikasi menggunakan internet mempunyai peminatnya sendiri.

Sebanyak 5.2 bilion manusia menggunakan internet sehingga menyebabkan internet mempunyai pengerakan atau aktiviti bagi setiap minit.

Baca Sekarang : 10 Laman Sesawang Ini Yang Paling Banyak Menjejaki Anda

Sumber : PCMag Asia

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru